dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090216

it's not about teaching and just a job.

rasa nak menaip je lagi. the house keeping thingy are not done yet. now, i'm very sleepy! dah tertido atas bas tadi. alhamdulillah tak terlajak sampai bunut susu lagi!

rasa nak tulis pasal jadi cikgu.

selepas aku jadi guru dekat sekolah rendah itu, baru aku sedar, aku memang fail dalam anger management!

selepas-selepas itu, aku sedar memang aku tak dapat kawal perasaan itu.

sekarang ni, segan jugak nak jumpa budak-budak tu balik. lalala. terasa malu nak mengaku, "saya pernah mengajar sekolah." this bitter experience is precious to me. praise be to Allah. DIA YANG MAHA MEMBERI. DIA YANG MAHA MENGETAHUI.

[adekah seburuk ini wajahku ketika marah? TT"]

ya. sebenarnya ada satu kosong semasa aku nak berhenti hari tu. tapi, aku tak boleh. i just can't. i must have a 'pause' to get myself back. to get rid of the anger. insya Allah, i'm trying.

budak-budak yang aku mengajar itu sebenarnya banyak mengajar aku dan menyedarkan aku. ya. aku mempunyai ramai adik. ada betullah juga kata-kata yang pernah aku dengar itu ; "adik kat rumah kita tak mampu nak kawal, apatah lagi kanak-kanak lain, kan?"

bila berfikir-fikir tentang perkara ini, bagaimanakah aku nak bawa budak-budak itu kepada jalan yang, insya Allah, sedang aku berjalan ini? sedangkan aku telah menunjukkan satu teladan yang kurang baik?

dan apabila mu'allimah Dayang menyebut, maksud lebih kurang, "baik-baik dengan mad'u baru." aku ter... tersentak hati. ya. patutlah ada yang tidak kena. Robbi, aku alpa!

aku sibuk melihat mereka yang jauh, sedangkan yang sangat dekat dihadapanku dihalimunankan.

dan sekarang, antara penyebab yang menghidupkan aku adalah pengalaman mengajar itu.

menjadi muslim yang guru, tugasnya bukan hanya sekadar mengajar. bukan sekadar memberi tip-tip belajar. bukan semata untuk lulus peperiksaan. ya. ayat ini sudah kalis di telinga kita pada hari ini.

aku memerhatikan dan meneliti fenomena guru-guru di sekolah rendah itu. ya. bagaimana mereka sanggup bertahan menjadi pendidik di sekolah itu. mereka sangat kuat. ya. sangat kuat. ada yang sudah berbelas-belas tahun mengajar di situ. aku baru ada rasa terpesona dengan guru-guruku itu.

masih adakah golongan yang sanggup bekerja tanpa natijah yang terjamin didepan mata?

masih wujudkah golongan yang sanggup melebihkan masa untuk kerja tanpa mengharapkan bayaran tambahan?

ya. seperti seorang yang bagi aku veteran kata, "mereka ini nampak ganjaran di sana." istilah aku, balasan dari langit.

aku tengok ummi. aku lihat ayah. aku perhati naqibahku. aku teliti guru-guru sekolah rendah itu. aku amati mereka disekeliling aku di realiti mahupun maya.












dan sesungguhnya, sebaik-baik guru, adalah Nabi Muhammad s.a.w.

20090215

introduction.

alhamdulillah, hari ini dengan izinNya aku berjaya buat kerja-kerja seorang homemaker a.k.a domestic engineer a.k.a suri rumah a.k.a bibik? ha. ha.

kiranya, separuh baru lah. i feel good and satisfied with my works. :)

namun, pada sebelum itu diuji sedikit. alhamdulillah, aku tidak melatah. aku telah tertinggal untuk ke bengkel belajar memandu. ^-^" aku dah keluar awal-awal lagi. kemudian tengok jam. banyak masa lagi. jadi, aku masuk rumah dulu. dalam 30 minit kemudian, aku turun. ditaqdirkan, elok aje aku turun satu SMS tiba. daripada rakan yang juga ambil lesen [insya Allah sasaran lasso aku. ^-^]. setelah berbalas dua SMS, aku call cikgu. lala. cikgu dah tunggu sebenarnya. adeii... tak apalah. ada hikmahnya kan? ^-^

antara hikmah yang aku dapat simpulkan, aku dapat buat kerja-kerja house keeping! ;)

aku minta tunjuk ajar seorang kawan yang sudah tiga bulan menjadi suri rumah. aku ikut je la susunan kerja yang dia bagi.

1 - laundry thingy


2 - kitchen




3 - lain-lain kawasan dalam rumah ; bilik dan tandas serta kerja ; mop, sapu etc


4 - luar rumah ; halaman


5 - laundry thingy


6 - chef.

hehe.

alhamdulillah laundry aku berjalan dengan baik. cuma ada sedikit lagi. ^-^ kitchen, alhamdulillah. lain-lain kawasan, alhamdulillah except upstairs. ^^" halaman;luar rumah, belum. insya Allah esok. chef, hehe... belum. dah lama rasanya tak memasak makanan berat nih. lalala.

dan sepanjang buat kerja ni, aku nampak syahadatul haq. ya. house keeping pun salah satu syahadatul haq. bersih-membersih, itukan sebahagian daripada iman?

aku, sebagai seorang anak, adik dan kakak, insya Allah aku juga ingin ihsan kepada mereka. ihsan itukan berbuat baik? takkan masa qurban je nak ihsan?

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah selain kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa . jika... (hingga akhir)"
[17:23]

dalam pada itu, aku terbayang seorang bibik... seorang suri rumah yang memang suri rumah... seorang ibu... apatahlagi ibu bekerjaya yang tidak mempunyai pembantu. alangkah besarnya sumbangan mereka ini. maksud aku disini... ya. kerja-kerja rumah ini sebenarnya yang banyak membantu kelancaran kehidupan harian kita. contoh mudah, laundry thingy. kerja-kerja pakaian itu. sekiranya, tidak ada yang menguruskan daripada mencuci sehingga menyediakan untuk dipakai semula, adakah dapat kita jalani hari dengan selesa? :)

^-^

satu benda aku belum dapat baiki. MARAH. oh... sungguh aku masih belum dapat menahan marah! ya. hadith itu... la taghdhob. ya, orang KUAT ialah orang yang MENAHAN MARAH. die hard in jihad, be a mujahidah! tolong letak cermin depan saya ketika saya marah!!

20090214

menulis.

"patutnya, write and blossom. (",)"


menulis? ya. berkarya perkataan yang lebih tepat.

aku memang suka menulis. mungkin pengaruh kakak-kakakku. ya. mereka sangat suka menulis. aku juga suka membaca karya mereka. bilalah mereka mahu menerbitkan kompilasi mereka ya? Lala? Momo? Yummy? eh... Yummy neechan dah diterbitkan sebuah. Catatan Ummi. [Klik].
semalam, bercakap dengan Pok Cik. haha. aku tiba-tiba jadi curious pasal Pok Cik. kenapa? sebab profile yang separuh dalam bukunya itu. haha. aku pun banyak lah bertanya. antaranya,

"menulis kerja utama atau sampingan?"

"macam mana boleh minat menulis?"

"kenapa pilih menulis untuk awal remaja?"

hehe. lain-lain lagi aku lupa.

aku singkap kembali sejarah aku menulis. seingat aku, aku menulis seawal aku berumur 12 tahun. akhir tahun. tahun 2003. cerita apa aku tulis? bermula dengan cerpen pendek yang keluar dalam majalah sekolah! haha! kelakar. ikutkan, karangan tu patut jadi simpanan peribadi sahaja. well... budak-budak.

masa tingkatan satu, aku sibuk berkarya. aku ajak kawan-kawan aku cipta sebuah sajak. taram je. aku amik sikit-sikit lirik nasyid. dan ayat-ayat lain yang tipikal. lala. akhirnya jadilah sebuah sajak selepas diedit oleh aku dan rakan-rakan perempuan yang lain. ia keluar dalam majalah sekolah lagi! haha.

pada tahun 2005, aku masuk pertandingan menulis cerpen. lawak. aku hantar dua karya. dapat la johan. hadiah tu dah pecah. huhu. ianya sebuah jam, aku letak dalam kelas masa tingkatan tiga. dan aku terus menulis sendiri cerita-cerita rekaanku.

sehinggalah tingkatan tiga. KaPcai story jadi tajuk. haha. sekerat je yang ni. seorang mu'allimah baca. saya kata, "nanti siap, saya bagi mu'allimah baca." sehingga sekarang belum siap! tak ada perasaan. lala. mu'allimah pun saya tak tahu dimana. semoga jumpa lagi.

akhir tahun 2006, aku mula nampak apa aku nak tulis. apa aku nak sampaikan. aku mula menulis dengan serius. aku taip dan postkan dalam webserver anna abadi. aku langsung tak simpan copy untuk aku. apabila anna abadi telah dijemput oleh DIA YANG MEMILIKI, laman itu ditutup. ada amaran, tapi aku terlambat baca. huhu... betapa aku sedih. betapa aku sangat demotivated untuk menulis cerita lagi.

awal tingkatan empat, aku usaha untuk menulis semula cerita itu. juga kapcai story. namun, gagal. haha. aku pun tinggalkan sahaja. simpan sebagai pusaka. 2007, aku hanya menulis sajak.. kot. sajak, kata-kata menghamburkan rasa berkaitan dengan keadaan sekeliling. aku banyak menulis dalam kelas masa tu. kelas yang gelap itu. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan serta guru-guru yang mengajarku ketika itu, menjadi sumber inspirasi. ^-^

2008, langsung tidak menulis. ooh.. ada. aku sertai e-sastera. haha. sajak aje lah. kenangan yang manis. bertemu dengan A Samad Said. aku sangat suka mendengar bicara beliau. ingin sekali bertemu sekali lagi. semalam aku tengok beliau dalam tv. terasa rindu. kisah sarapan pagi di hotel perdana itu. haha. sangat best. ^-^

sekarang, hari ini, aku rasa ingin menulis lagi. insya Allah, aku nak menulis lagi. ^-^

ada juga satu perkara yang buat aku tak semangat nak menulis. kata-kata Momo neechan.
maksudnya lebih kurang begini, "khayalan semata."

jadi, aku memasang niat. aku nak menulis benda yang berpijak dibumi. ^-^ err... khayalan ada sikit la kut? hah.

bagi aku juga, menulis bukan sekadar menulis. yang penting mesej dan nilai. bukan bagi aku sahaja, bagi semua penulis yang berwawasan. teringat lagi A Samad Said. ^-^

20090210

Tamak dan lega.

ini adalah salah satu bookmark yang aku ingin printkan dan beri kepada pelajar2 nakalcomelbijak itu. namun, komputer baru ini belum install lagi. TT


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
sungguh lega kerana telah tamat mengajar sekolah rendah itu. adakah aku tidak lagi mahu menabur bakti disana? oh, bukan. bukan begitu. mungkin ramai yang nampak, mengajar disana berbakti. namun, aku.... abaikan. lain kali hurai benda ni. haha.

tamak. sangat tamak. tamakkan BUKU. sekarang sedang usaha habiskan 6 buah buku. err... impressive? adey.

buku mula-mula sekali baca dan belum habis, Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

buku kedua, hadiah teka silangkata. Katarsis Perjuangan. buku ini buku sejarah. teringat masa baca Nyemah Mulya dulu.

ketiga, Syahadat Cinta. buku ini agak menarik berbanding Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. eh, janganlah marah aku! kenyataan ini adalah kerana apabila membaca intro Syahadat Cinta ini, aku boleh teruskan hingga muka surat 28! sebaliknya berlaku untuk Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. insya Allah, usaha lagi!

keempat, buku yang baru sahaja diambil sejam setengah yang lalu. Dol Leman ; Misteri Pohon Kekabu. ini hadiah daripada penulisnya sendiri. encik Mersik Romoyu a.k.a Pok Cik. [klik]. aku yang mintak hari tu. hehe. terima kasih.

buku kelima, buku KPP. buku nak amik lesen kereta. lala.

keenam, Letters to Jerusalem ; The Legacy of Saladin. buku ini sudah sebulan. ianya BAHASA INGGERIS dan sangat tinggi tahapnya, pada pendapat aku. haha. tambah vocab!! itu yang on the way baca. yang belum baca? sangat tidak terkira. dua buah buku on the way sampai, Gurindam Jiwa dan Rooftop Rant. ^-^

esok ujian undang-undang!

sekarang dah habis mengajar. semalam, mu'allimah Dayang sudah telefon bertanya bila pula nak datang ke sekolah menengah? haha. bukan tak mahu ya! belum masanya.

nak cepat-cepat belajar bawa kereta dan dapat lesen!

jangan lupa, jaga amal dan iman.

20090208

rindu.

rindukan sekolah menengah.
pagi tadi walaupun pergi, tapi sekadar menghantar. tak sempat bertegur sapa.
rindukan kawan-kawan. ^-^
rindukan agenda-agenda telur kuning.

sekarang, kena kuat. MUJAHADAH yang lebih besar daripada belajar, pada pendapat aku.
MUJAHADAH untuk mengekalkan graf diri sendiri dengan hati sendiri. dorongan sendiri secara langsungnya. secara tidak langsung, tentulah ada dorongan itu. ummi, ayah, adik-adik dan kakak-kakakku. they do CARE about me. haha. keep that in mind today.

sila bersungguh-sungguh. sila bersungguh-sungguh! LESEN. ^-^

ini baru terperap di'dunia' sendiri. belum lagi terhumban ke dunia 'luar' sana. ^^