esok kena gi sekolah lagi.
menjalani aktiviti ini, aku suka dengar guru-guru yang bersemangat-motivasi-sangat berbicara.
aku suka tengok kanak-kanak sekolah rendah itu senyum-malu-mungkin-segan-takut-pun-mungkin. bagi salam. memanggil, "cikgu" "teacher" "ustazah". aku dapat semua gelaran. ha. ha. ha.
tapi, tatkala mendengar dengar tekun bicara HM sekolah itu, aku tak ingat saat ayat mana dituturkan, yang aku ingat, tiba-tiba aku rasa l.e.m.a.h.
betul ke aku ni nak melibatkan diri dalam bidang ini?
benarkah aku ini tekad sungguh untuk bersama mereka?
tidak semena-mena aku berasa tidak mampu. oh. aku terasa masih terlalu bermain-main lagi.
hari kedua, melihat kakak-kakak yang bakal masuk ke kelas untuk mengajar. salah seorang daripadanya berkata, "kakak suka mengajar. tak sabar nak masuk kelas."
oh. aku teringat, aku tak suka mengajar. aku pilih dulu bukan sebab aku suka mengajar. tapi sebab benda lain. sungguh tak bersemangat! teringat kawan-kawan seinstitut. oh. lain kali, insya Allah aku nak buat bersama seseorang yang satu kampus!!! bila lemah begini, memang teringatkan mereka... dia... dia... Dia..
tak reti berkomunikasi dengan kanak-kanak.
yeah. adik aku kanak-kanak. kanak-kanak lelaki. berbeza dengan yang berada di sekolah itu. ho. ho. x ada kaitan sungguh kan?!
sedang bergelak ketawa sendiri dalam kereta, cuba mendengar siaran baik dari corong radio, radio tak mahu berbunyi, terdetik di ingatan, robot yang lupa akan tuannya.
terasa diaim.
emosi terganggu.
ragu itu haru.
haru diragu.
baru
deru.
titik.
ada lagi, aku kagum dengan pencapaian sekolah itu. namun, perkataan ummi mencerahkan aku, "KPI kita tak sama".
O thou wrapped up (in the mantle)! Arise and deliver thy warning! And thy Lord do thou magnify! And thy garments keep free from stain!And all abomination shun! Nor expect, in giving, any increase (for thyself)! But, for thy Lord's (Cause), be patient and constant!(74:1-7)