dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090227

makan.

tadi makan tengahari pada jam 1601 bersama si muhammad. setelah beberapa suapan pertama, tiba-tiba dia bersuara.

"yah, supo..." (yah, sama)

"mana?"

"tu..."

"oh... ho. supo." tersengih.

aku alas surat khabar untuk makan bersama-samanya dilantai. he. terdapat sebuah piala pada akhbar tersebut. piala tu bentuknya sama macam drumstick yang aku letak dalam pinggan dia. hehe. muhammad itu.

tiba-tiba teringat satu tajuk dalam buku Tauhid Zindani pasal tengoklah makanan kamu. belajar tajuk ni dulu dalam usrah masa tingkatan 2 dengan mu'allimah Nazirah.

Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya, Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian, dan anggur dan sayur-sayuran, dan zaitun dan pohon kurma, dan kebun-kebun (yang) rindang, dan buah-buahan serta rerumputan. (Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk hewan-hewan ternakmu. [80 : 24-32]

am not going to KEX camp. :|

ada satu teka teki.
which part of the chicken is the noisiest?

scared?




You Are 35% Scary



You scare men off occasionally, but only very weak men.

You're a normal woman. You're not perfect, but you're pretty darn close.

Do You Scare Off Men?

i don't understand about this. buat sebab tengok yummy neechan buat. he.
http://maryamabuahmad.blogspot.com/2009/02/digeruni.html << klik. :)

20090224

komunikasi.


ini diperlukan untuk untuk telefon, internet? :)


ini, anda masih berhubung melalui ini?

komunikasi. apa erti komunikasi dalam erti kata yang sebenar, aku tak pasti. yang aku faham,
komunikasi tu cara kita berkomunikasi [eh?].... bukan. bukan. bukan cara. tapi, interaksi
kita dengan sekeliling kita, sama ada living things atau non-living things [teringat kat biology...--"] interaksi dengan komunikasi sama ke ek?

semalam, bercakap dengan seorang teman. satu batch masa sekolah rendah.

we talked about our plans. pasal gathering, reunion... semua tu, perlu komunikasi.
komunikasi BANYAK HALA. bukan sekadar dua, tiga orang bersuara.

aku, suasana aku mengajar aku untuk berterus terang. tapi, apakah berterus terang itu?
apekah aku cukup berterus terang selama ini?

sekarang ni, banyak hipotesis.

semakin lama hidup, semakin banyak persoalan.

semakin berfikir, semakin bertambah perkara yang masih terhijab.

jika aku nak tanya, maka otak aku membantah.

--"

aku, dalam apa-apa hal, sama ada dalam organisasi atau apa-apa yang melibatkan satu
rangka ibarat family tree, aku lebih suka semua hal jelas. apa lagi, bila, HAMPIR MOST
OF
... HAMPIR SEMUA tumpu kat aku.

yeah. where's the fire of this entry?


dan, aku telah putuskan, aku TAK MAHU MENULIS LAGI buat masa ini.

20090219

seru?

gambar sekadar hiasan kerana mereka ini telah bertambah setahun ikut kalendar masihi. ikut hijrah dah lama. ^-^ tak jumpa gambar muhammad si kecik tu.


seru. hurnm.

semalam, dari pagi ke petang kat luar rumah. tak jadi homemaker
la. ^-^

pagi di sekolah, duduk dalam bilik guru perempuan itu. majoriti guru baru. juniors , semuanya sudah membesar. ada yang sudah mula mencari identiti sendiri. semoga berada dijalan lurus sentiasa. ada dalam kalangan mereka sudah pun berubah wajah. haha. sudah aku tidak dapat mengenali.yang perempuan tiada yang berubah wajah setakat ni. cuma wajah-wajah baru. ^-^ menunggu mu'allimah Dayang, sempat aku habiskan satu bacaan. dan terjumpa pasal marah. ^-^ sebelum ini sudah dibaca, mungkin terlepas pandang. ya.

tengahari, mula berjalan keluar. haha. ada sorang pak cik tumpangkan. sesuka hati je percaya sepenuhnya tumpang. gara-gara lembu. --" sampai di jalan raya, teksi tiba dengan cepat. alhamdulillah.

di bandar, beli buah tangan. pergi hospital. semoga cepat sembuh. syafahallah. back to bus station. terserempak dengan birthday girl, Umirah and Jah. ^-^

menunggu Sakinah bint Zabidi Azhar. bercakap dengan seorang kakak yang juga sedang menunggu. oh, lupa namanya. bercakap dan bercakap.

tiba-tiba;

"rimas la pakai tudung ni. pakai ni pun sebab ibu suruh."

aku... terkejut jugak. apekah yang perlu aku respon? aku senyum-sengih.

"kenapa tak suka pakai tudung?"

kakak itu,

"bukan. bukan. kat luar gini, pakai la. macam, dalam kawasan kerja, tak pakai la. lagipun pakai tudung boleh elak panas dan [aku lupa ape lagi satu]."

aku angguk-sengih-senyum. apekah?

perlu kah aku mintak phone number? apekah? apekah?

dapat panggilan. Sakinah tak dapat datang. aku berkeputusan, pergi sendiri ke bank.

bila balik, teringat, hari Isnin lepas, aku berjalan beriringan dengan seorang pelajar sekolah perempuan. aku senyum kepadanya.

"sekolah mana?"

aku, "baru habis SPM."

"owh, kak la ni? sebelum ni sekolah mana?"

aku, "SMI Aman."

"ooo..."

saling tersenyum dan terus berjalan. aku, apekah perlu aku berta'aruf lebih lagi?

"tak apa lah. okeh."

aku, "okeh." lambai tangan.

bagaimanakah? macam mana nak approach orang dengan mesej islam yang benar?

bagaimanakah caranya supaya sasaran itu tidak melarikan diri?

pengorbanan apakah yang sangat diperlukan untuk mereka yang baru kita kenali?

sungguh, aku sungguh dihantui ini.

kawan-kawan terdekat dan yang baru bertemu semula juga perlu diluangkan masa
bersama. ya. sungguh.

hari ini, bawak kereta. begitu banyak benda nak kena fokus. terasa sedikit kurang semangat.
fikir semula, macam mana nak berjuang untuk ummah, cabaran bawak kereta pun
boleh merudumkan semangat?

teringat mastura itu.

20090216

it's not about teaching and just a job.

rasa nak menaip je lagi. the house keeping thingy are not done yet. now, i'm very sleepy! dah tertido atas bas tadi. alhamdulillah tak terlajak sampai bunut susu lagi!

rasa nak tulis pasal jadi cikgu.

selepas aku jadi guru dekat sekolah rendah itu, baru aku sedar, aku memang fail dalam anger management!

selepas-selepas itu, aku sedar memang aku tak dapat kawal perasaan itu.

sekarang ni, segan jugak nak jumpa budak-budak tu balik. lalala. terasa malu nak mengaku, "saya pernah mengajar sekolah." this bitter experience is precious to me. praise be to Allah. DIA YANG MAHA MEMBERI. DIA YANG MAHA MENGETAHUI.

[adekah seburuk ini wajahku ketika marah? TT"]

ya. sebenarnya ada satu kosong semasa aku nak berhenti hari tu. tapi, aku tak boleh. i just can't. i must have a 'pause' to get myself back. to get rid of the anger. insya Allah, i'm trying.

budak-budak yang aku mengajar itu sebenarnya banyak mengajar aku dan menyedarkan aku. ya. aku mempunyai ramai adik. ada betullah juga kata-kata yang pernah aku dengar itu ; "adik kat rumah kita tak mampu nak kawal, apatah lagi kanak-kanak lain, kan?"

bila berfikir-fikir tentang perkara ini, bagaimanakah aku nak bawa budak-budak itu kepada jalan yang, insya Allah, sedang aku berjalan ini? sedangkan aku telah menunjukkan satu teladan yang kurang baik?

dan apabila mu'allimah Dayang menyebut, maksud lebih kurang, "baik-baik dengan mad'u baru." aku ter... tersentak hati. ya. patutlah ada yang tidak kena. Robbi, aku alpa!

aku sibuk melihat mereka yang jauh, sedangkan yang sangat dekat dihadapanku dihalimunankan.

dan sekarang, antara penyebab yang menghidupkan aku adalah pengalaman mengajar itu.

menjadi muslim yang guru, tugasnya bukan hanya sekadar mengajar. bukan sekadar memberi tip-tip belajar. bukan semata untuk lulus peperiksaan. ya. ayat ini sudah kalis di telinga kita pada hari ini.

aku memerhatikan dan meneliti fenomena guru-guru di sekolah rendah itu. ya. bagaimana mereka sanggup bertahan menjadi pendidik di sekolah itu. mereka sangat kuat. ya. sangat kuat. ada yang sudah berbelas-belas tahun mengajar di situ. aku baru ada rasa terpesona dengan guru-guruku itu.

masih adakah golongan yang sanggup bekerja tanpa natijah yang terjamin didepan mata?

masih wujudkah golongan yang sanggup melebihkan masa untuk kerja tanpa mengharapkan bayaran tambahan?

ya. seperti seorang yang bagi aku veteran kata, "mereka ini nampak ganjaran di sana." istilah aku, balasan dari langit.

aku tengok ummi. aku lihat ayah. aku perhati naqibahku. aku teliti guru-guru sekolah rendah itu. aku amati mereka disekeliling aku di realiti mahupun maya.












dan sesungguhnya, sebaik-baik guru, adalah Nabi Muhammad s.a.w.

20090215

introduction.

alhamdulillah, hari ini dengan izinNya aku berjaya buat kerja-kerja seorang homemaker a.k.a domestic engineer a.k.a suri rumah a.k.a bibik? ha. ha.

kiranya, separuh baru lah. i feel good and satisfied with my works. :)

namun, pada sebelum itu diuji sedikit. alhamdulillah, aku tidak melatah. aku telah tertinggal untuk ke bengkel belajar memandu. ^-^" aku dah keluar awal-awal lagi. kemudian tengok jam. banyak masa lagi. jadi, aku masuk rumah dulu. dalam 30 minit kemudian, aku turun. ditaqdirkan, elok aje aku turun satu SMS tiba. daripada rakan yang juga ambil lesen [insya Allah sasaran lasso aku. ^-^]. setelah berbalas dua SMS, aku call cikgu. lala. cikgu dah tunggu sebenarnya. adeii... tak apalah. ada hikmahnya kan? ^-^

antara hikmah yang aku dapat simpulkan, aku dapat buat kerja-kerja house keeping! ;)

aku minta tunjuk ajar seorang kawan yang sudah tiga bulan menjadi suri rumah. aku ikut je la susunan kerja yang dia bagi.

1 - laundry thingy


2 - kitchen




3 - lain-lain kawasan dalam rumah ; bilik dan tandas serta kerja ; mop, sapu etc


4 - luar rumah ; halaman


5 - laundry thingy


6 - chef.

hehe.

alhamdulillah laundry aku berjalan dengan baik. cuma ada sedikit lagi. ^-^ kitchen, alhamdulillah. lain-lain kawasan, alhamdulillah except upstairs. ^^" halaman;luar rumah, belum. insya Allah esok. chef, hehe... belum. dah lama rasanya tak memasak makanan berat nih. lalala.

dan sepanjang buat kerja ni, aku nampak syahadatul haq. ya. house keeping pun salah satu syahadatul haq. bersih-membersih, itukan sebahagian daripada iman?

aku, sebagai seorang anak, adik dan kakak, insya Allah aku juga ingin ihsan kepada mereka. ihsan itukan berbuat baik? takkan masa qurban je nak ihsan?

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah selain kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa . jika... (hingga akhir)"
[17:23]

dalam pada itu, aku terbayang seorang bibik... seorang suri rumah yang memang suri rumah... seorang ibu... apatahlagi ibu bekerjaya yang tidak mempunyai pembantu. alangkah besarnya sumbangan mereka ini. maksud aku disini... ya. kerja-kerja rumah ini sebenarnya yang banyak membantu kelancaran kehidupan harian kita. contoh mudah, laundry thingy. kerja-kerja pakaian itu. sekiranya, tidak ada yang menguruskan daripada mencuci sehingga menyediakan untuk dipakai semula, adakah dapat kita jalani hari dengan selesa? :)

^-^

satu benda aku belum dapat baiki. MARAH. oh... sungguh aku masih belum dapat menahan marah! ya. hadith itu... la taghdhob. ya, orang KUAT ialah orang yang MENAHAN MARAH. die hard in jihad, be a mujahidah! tolong letak cermin depan saya ketika saya marah!!

20090214

menulis.

"patutnya, write and blossom. (",)"


menulis? ya. berkarya perkataan yang lebih tepat.

aku memang suka menulis. mungkin pengaruh kakak-kakakku. ya. mereka sangat suka menulis. aku juga suka membaca karya mereka. bilalah mereka mahu menerbitkan kompilasi mereka ya? Lala? Momo? Yummy? eh... Yummy neechan dah diterbitkan sebuah. Catatan Ummi. [Klik].
semalam, bercakap dengan Pok Cik. haha. aku tiba-tiba jadi curious pasal Pok Cik. kenapa? sebab profile yang separuh dalam bukunya itu. haha. aku pun banyak lah bertanya. antaranya,

"menulis kerja utama atau sampingan?"

"macam mana boleh minat menulis?"

"kenapa pilih menulis untuk awal remaja?"

hehe. lain-lain lagi aku lupa.

aku singkap kembali sejarah aku menulis. seingat aku, aku menulis seawal aku berumur 12 tahun. akhir tahun. tahun 2003. cerita apa aku tulis? bermula dengan cerpen pendek yang keluar dalam majalah sekolah! haha! kelakar. ikutkan, karangan tu patut jadi simpanan peribadi sahaja. well... budak-budak.

masa tingkatan satu, aku sibuk berkarya. aku ajak kawan-kawan aku cipta sebuah sajak. taram je. aku amik sikit-sikit lirik nasyid. dan ayat-ayat lain yang tipikal. lala. akhirnya jadilah sebuah sajak selepas diedit oleh aku dan rakan-rakan perempuan yang lain. ia keluar dalam majalah sekolah lagi! haha.

pada tahun 2005, aku masuk pertandingan menulis cerpen. lawak. aku hantar dua karya. dapat la johan. hadiah tu dah pecah. huhu. ianya sebuah jam, aku letak dalam kelas masa tingkatan tiga. dan aku terus menulis sendiri cerita-cerita rekaanku.

sehinggalah tingkatan tiga. KaPcai story jadi tajuk. haha. sekerat je yang ni. seorang mu'allimah baca. saya kata, "nanti siap, saya bagi mu'allimah baca." sehingga sekarang belum siap! tak ada perasaan. lala. mu'allimah pun saya tak tahu dimana. semoga jumpa lagi.

akhir tahun 2006, aku mula nampak apa aku nak tulis. apa aku nak sampaikan. aku mula menulis dengan serius. aku taip dan postkan dalam webserver anna abadi. aku langsung tak simpan copy untuk aku. apabila anna abadi telah dijemput oleh DIA YANG MEMILIKI, laman itu ditutup. ada amaran, tapi aku terlambat baca. huhu... betapa aku sedih. betapa aku sangat demotivated untuk menulis cerita lagi.

awal tingkatan empat, aku usaha untuk menulis semula cerita itu. juga kapcai story. namun, gagal. haha. aku pun tinggalkan sahaja. simpan sebagai pusaka. 2007, aku hanya menulis sajak.. kot. sajak, kata-kata menghamburkan rasa berkaitan dengan keadaan sekeliling. aku banyak menulis dalam kelas masa tu. kelas yang gelap itu. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan serta guru-guru yang mengajarku ketika itu, menjadi sumber inspirasi. ^-^

2008, langsung tidak menulis. ooh.. ada. aku sertai e-sastera. haha. sajak aje lah. kenangan yang manis. bertemu dengan A Samad Said. aku sangat suka mendengar bicara beliau. ingin sekali bertemu sekali lagi. semalam aku tengok beliau dalam tv. terasa rindu. kisah sarapan pagi di hotel perdana itu. haha. sangat best. ^-^

sekarang, hari ini, aku rasa ingin menulis lagi. insya Allah, aku nak menulis lagi. ^-^

ada juga satu perkara yang buat aku tak semangat nak menulis. kata-kata Momo neechan.
maksudnya lebih kurang begini, "khayalan semata."

jadi, aku memasang niat. aku nak menulis benda yang berpijak dibumi. ^-^ err... khayalan ada sikit la kut? hah.

bagi aku juga, menulis bukan sekadar menulis. yang penting mesej dan nilai. bukan bagi aku sahaja, bagi semua penulis yang berwawasan. teringat lagi A Samad Said. ^-^

20090210

Tamak dan lega.

ini adalah salah satu bookmark yang aku ingin printkan dan beri kepada pelajar2 nakalcomelbijak itu. namun, komputer baru ini belum install lagi. TT


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
sungguh lega kerana telah tamat mengajar sekolah rendah itu. adakah aku tidak lagi mahu menabur bakti disana? oh, bukan. bukan begitu. mungkin ramai yang nampak, mengajar disana berbakti. namun, aku.... abaikan. lain kali hurai benda ni. haha.

tamak. sangat tamak. tamakkan BUKU. sekarang sedang usaha habiskan 6 buah buku. err... impressive? adey.

buku mula-mula sekali baca dan belum habis, Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

buku kedua, hadiah teka silangkata. Katarsis Perjuangan. buku ini buku sejarah. teringat masa baca Nyemah Mulya dulu.

ketiga, Syahadat Cinta. buku ini agak menarik berbanding Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. eh, janganlah marah aku! kenyataan ini adalah kerana apabila membaca intro Syahadat Cinta ini, aku boleh teruskan hingga muka surat 28! sebaliknya berlaku untuk Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. insya Allah, usaha lagi!

keempat, buku yang baru sahaja diambil sejam setengah yang lalu. Dol Leman ; Misteri Pohon Kekabu. ini hadiah daripada penulisnya sendiri. encik Mersik Romoyu a.k.a Pok Cik. [klik]. aku yang mintak hari tu. hehe. terima kasih.

buku kelima, buku KPP. buku nak amik lesen kereta. lala.

keenam, Letters to Jerusalem ; The Legacy of Saladin. buku ini sudah sebulan. ianya BAHASA INGGERIS dan sangat tinggi tahapnya, pada pendapat aku. haha. tambah vocab!! itu yang on the way baca. yang belum baca? sangat tidak terkira. dua buah buku on the way sampai, Gurindam Jiwa dan Rooftop Rant. ^-^

esok ujian undang-undang!

sekarang dah habis mengajar. semalam, mu'allimah Dayang sudah telefon bertanya bila pula nak datang ke sekolah menengah? haha. bukan tak mahu ya! belum masanya.

nak cepat-cepat belajar bawa kereta dan dapat lesen!

jangan lupa, jaga amal dan iman.

20090208

rindu.

rindukan sekolah menengah.
pagi tadi walaupun pergi, tapi sekadar menghantar. tak sempat bertegur sapa.
rindukan kawan-kawan. ^-^
rindukan agenda-agenda telur kuning.

sekarang, kena kuat. MUJAHADAH yang lebih besar daripada belajar, pada pendapat aku.
MUJAHADAH untuk mengekalkan graf diri sendiri dengan hati sendiri. dorongan sendiri secara langsungnya. secara tidak langsung, tentulah ada dorongan itu. ummi, ayah, adik-adik dan kakak-kakakku. they do CARE about me. haha. keep that in mind today.

sila bersungguh-sungguh. sila bersungguh-sungguh! LESEN. ^-^

ini baru terperap di'dunia' sendiri. belum lagi terhumban ke dunia 'luar' sana. ^^

20090206

LOVE LETTER.


teringat saat-saat indah itu. sungguh rindukan mereka semua. ini hanyalah salah satu.

TERbuka satu e-mail yang diforward oleh seorang senior. ya. ya. e-mail bertajuk itu sudah acap kali dibuka, diforward dan dibaca. walaubagaimanapun, kita sebagai manusia, memang lumrah kita untuk lupa. kerana itu mesti saling ingat-mengingati satu sama lain! 

bila baca, aku terasa. setelah sebulan menjadi seorang guru, aku tahu aku sebenarnya jalankan tugas itu dengan terlalu mengambil mudah. tabah? tidak. aku ambil mudah. jadi, segalanya nampak mudah. Keep It Simple, itu betul. namun, aku terlalu meringankannnya seolah-olah ia langsung tidak 'berjisim'. akhirnya, aku rasa seperti 'falling away' pada hari ini. 

aku sangat tidak bermaya; dismay apabila nak masuk ke kelas. aku bimbang apa yang aku sampaikan tidak dapat difahami. aku bimbang apa yang aku sampaikan tidak betul. sudah la perancangan tunggang-langgang. sangat menyedihkan. 

aku rindukan juga usrah. lepas spm ni, baru sekali pergi. itu pun gabungan. oh ya, lagi dua kali, usrah guru. mula-mula tu, rasa macam, sesuai ke aku masuk usrah guru? setakat ni dua-dua usrah gabungan.  bila dah masuk, ya. benda ni aku boleh terima. 

ok. 



KENAPA RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " 
-surah Al Baqarah ayat 250

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

this is what i feel, lately. currently.