dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090219

seru?

gambar sekadar hiasan kerana mereka ini telah bertambah setahun ikut kalendar masihi. ikut hijrah dah lama. ^-^ tak jumpa gambar muhammad si kecik tu.


seru. hurnm.

semalam, dari pagi ke petang kat luar rumah. tak jadi homemaker
la. ^-^

pagi di sekolah, duduk dalam bilik guru perempuan itu. majoriti guru baru. juniors , semuanya sudah membesar. ada yang sudah mula mencari identiti sendiri. semoga berada dijalan lurus sentiasa. ada dalam kalangan mereka sudah pun berubah wajah. haha. sudah aku tidak dapat mengenali.yang perempuan tiada yang berubah wajah setakat ni. cuma wajah-wajah baru. ^-^ menunggu mu'allimah Dayang, sempat aku habiskan satu bacaan. dan terjumpa pasal marah. ^-^ sebelum ini sudah dibaca, mungkin terlepas pandang. ya.

tengahari, mula berjalan keluar. haha. ada sorang pak cik tumpangkan. sesuka hati je percaya sepenuhnya tumpang. gara-gara lembu. --" sampai di jalan raya, teksi tiba dengan cepat. alhamdulillah.

di bandar, beli buah tangan. pergi hospital. semoga cepat sembuh. syafahallah. back to bus station. terserempak dengan birthday girl, Umirah and Jah. ^-^

menunggu Sakinah bint Zabidi Azhar. bercakap dengan seorang kakak yang juga sedang menunggu. oh, lupa namanya. bercakap dan bercakap.

tiba-tiba;

"rimas la pakai tudung ni. pakai ni pun sebab ibu suruh."

aku... terkejut jugak. apekah yang perlu aku respon? aku senyum-sengih.

"kenapa tak suka pakai tudung?"

kakak itu,

"bukan. bukan. kat luar gini, pakai la. macam, dalam kawasan kerja, tak pakai la. lagipun pakai tudung boleh elak panas dan [aku lupa ape lagi satu]."

aku angguk-sengih-senyum. apekah?

perlu kah aku mintak phone number? apekah? apekah?

dapat panggilan. Sakinah tak dapat datang. aku berkeputusan, pergi sendiri ke bank.

bila balik, teringat, hari Isnin lepas, aku berjalan beriringan dengan seorang pelajar sekolah perempuan. aku senyum kepadanya.

"sekolah mana?"

aku, "baru habis SPM."

"owh, kak la ni? sebelum ni sekolah mana?"

aku, "SMI Aman."

"ooo..."

saling tersenyum dan terus berjalan. aku, apekah perlu aku berta'aruf lebih lagi?

"tak apa lah. okeh."

aku, "okeh." lambai tangan.

bagaimanakah? macam mana nak approach orang dengan mesej islam yang benar?

bagaimanakah caranya supaya sasaran itu tidak melarikan diri?

pengorbanan apakah yang sangat diperlukan untuk mereka yang baru kita kenali?

sungguh, aku sungguh dihantui ini.

kawan-kawan terdekat dan yang baru bertemu semula juga perlu diluangkan masa
bersama. ya. sungguh.

hari ini, bawak kereta. begitu banyak benda nak kena fokus. terasa sedikit kurang semangat.
fikir semula, macam mana nak berjuang untuk ummah, cabaran bawak kereta pun
boleh merudumkan semangat?

teringat mastura itu.

No comments: