dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20110615

bulan Jun.

yeah. bulan Jun sekali saja dalam setahun.

cuaca sekarang ini angin bertiup ganas menyebabkan tempias hujan ke dalam rumah; tempat aku duduk menaip entri ini, kedengaran guruh berderum-derum di luar rumah, hujan menimpa bumi serta bumbung rumah dengan kelajuan yang mungkin hampir maksima.

suasana rumah, aroma roti bersalut telur goreng *la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim* [kedengaran guruh!!! ke pelaka? er.. ] merebak dibawa udara bergerak dalam rumah sehingga ke tingkat atas.

bulan Jun. minggu lepas, aku termenung sendirian. ada apa dengan bulan Jun? ia semacam menjentik sesuatu di ruang yang tidak dapat terlihat dan terdengarkan dek pancaindera yang zahir pada diri aku. [perh...............................]

aku selongkar entri aku dalam blog ini. aku temui entri Jun dua tahun yang lepas. bukan aku nak suruh korang baca, aku sedang bercerita ni!! ok. dua tahun yang lepas, Jun. cuti sekolah. ya. cuti sekolah. tanggal 4 Jun pada tahun tersebut, rupa-rupanya ada berita gembira yang aku dapat. ha. ha. peluang menyambung pelajaran ke tahap seterusnya selepas sekolah menengah.

seterusnya, 8 Jun; hari yang kelam kabut itu, aku sudah mendaftarkan diri. tidak lama selepas itu, dapat keputusan temuduga untuk di mana aku belajar sekarang. hue. pendek je ceritanya. tapi, tiba-tiba aku rasa Jun ni macam nostalgic pada aku. dua manusia kesayangan sejak kecil aku, lahir pada bulan ini.

aku jugak terfikir-fikir, kenapa cuti bulan Jun tahun ini, terasa sangat lain? terasa ada sesuatu yang tak sesuai dengan puzzle yang aku nak padankan. aku akhirnya jumpa jawapannya! nak tau apa dia? tahun lepas aku ke MISI!!! Mukhayyam Intensif... itulah jawapan dia~

jeda pada jam 1728.