hm. teringat pak hamka the blogger. dalam blognya ada kapal besar kapal kecil. aku tak faham apakah ia maksud tersirat tersurat. tapi, mungkin aku dapat sikit hintnya. dan aku sangat teringin nak jadi orang-orang 'kapal besar'. woha! (:p)
bagi aku sendiri, jiwa besar itu boleh menyerap segala benda yang negatif menjadi positif.
pendapat aku lagi, jiwa besar itu mampu meminta maaf daripada orang apabila aku berbuat salah. kenapa? sebab nak minta maaf tu perlu meruntuhkan ego sendiri. betul tak? ingat senang nak minta maaf? susah. sebab tak nak mengalah. nak menang aja. fikir sendiri, salah dengan manusia takkan terhapus dengan memohon ampun daripada Allah sebab kena langsai dengan manusia tersebut dahulu. tu syarat nak taubat kalau pasal salah dengan manusia. jadi, nak bertaubat pun semacam ada halangan kan, bila buat salah dengan manusia? jadi, sebaik saja sedar kita telah bersalah dengan seseorang, marilah kita bersegera meminta maaf. >.< kemudian marilah kita meminta ampun daripada DIA.
Allah berfirman, ‘Katakanlah (wahai Muhammad); Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ (Az-Zumar:53)
nak bagi maaf pun susah kan? susah bila memikirkan sakit sendiri. yalah. sakit yang tak ternampak dek mata kasar itu. tapi, aku pernah menaip firman Allah dalam blogdrive dulu;
''Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Mahakaya lagi Maha Penyantun.'' (Al-Baqarah:263)
kalau ikut faham biasa tanpa rujuk mana-mana, boleh faham sendiri kan frasa 'pemberian maaf lebih baik' tu? dan sebab penurunan ayat ini seingat aku kisah Abu Bakar r.a dengan hambanya semasa peristiwa Aisyah r.a;anaknya difitnah. Abu Bakar terlalu marah sehinggakan berkata-kata sesuatu. aku lupa apa kata-katanya. lalu turunlah ayat 263 ini.
ikut logik, siapalah kita kan nak tak mahu memberi maaf kepada orang, kan? bayangkan kita sendiri tak diberi kemaafan seseorang, jiwa seksa kan? tau tak apa. dan perlu kita ingat, Allah pun Maha Pengampun terhadap hamba-hamba-Nya. jadi, siapalah kita untuk angkuh tidak memberi maaf? dan juga, tidaklah kita perlu menanti orang yang tak sengaja menyakiti kita itu datang meminta-minta maaf dengan kita. bukankah lebih baik kita memaafkannya begitu sahaja? siapalah kita untuk menanti-nanti orang datang meminta maaf? yada. mari kita maafkan semua orang sebelum berlayar dalam gelombang alfa. >.<
sakit.
bila bersalah dengan orang.
sakit.
bila tidak mendapat maaf.
sakit.
bila tiada kata putus.
sakit. lebih parah.
bila orang itu yang tersayang.
berjiwa besar lagi.
jiwa besar itu perlu untuk kita menampung cita-cita yang besar. macam mana nak tanggung impian setinggi langit, segah gunung, seluas lautan sekiranya jiwa kita kecik macam biji sawi? ya. jiwa besar perlu untuk kita mempunyai cita-cita seluas angkasa.
macam mana nak gapai syurga kalau meminta maaf pun sesuatu yang berat untuk dibuat?
layak ke jejak syurga andai angkuh masih bertapak di hati, wahai diri?
macam mana nak syurga firdaus mahupun `adn kiranya dalam do'a tak pernah diminta?
"Syurga mempunyai seratus darjat dan tingkat, di antara satu darjat dengan satu darjat lain adalah seperti jarak bumi dengan langit. Tingkat darjat yang paling tinggi ialah Syurga Firdaus. Daripadanya akan mengalir sungai-sungai ke dalam empat syurga. Di atasnya terletak Arasy. Apabila kamu meminta kepada Allah, mintalah syurga Firdaus." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Imam Al-Bukhari) kredit: perjuangan selamanya
mempunyai jiwa besar. pendapat aku lagi, jiwa besar itu mampu menangkis serangan-serangan perasaan. macam mana tu? contohnya, seseorang menutup pintu bilik dengan kuat. tak payah nak terasa sakit hati ke apa. sebaliknya tanya kepada penutup pintu tu kenapa atau ada apa~ tak pasal nak sakit hati itu sakit. kalau tak suka bagi tau baik-baik. kan? >.<
jiwa besar. apa yang berlaku dalam hidup, apabila timbul bermacam soalan yang tak selari dengan iman, mengadulah kepada DIA. mintalah kepada DIA.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah:186)
besarkan jiwa dengan iman.
cukup besar ke jiwa kalau berjauhan dengan keluarga pun rasa semangat merudum? uhf.
jom, besarkan jiwa dengan iman~ ^.^
'Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecik yang sementara..." Abdul Wahab Azzam.
No comments:
Post a Comment