segala puja dan puji hanya kepada Allah s.w.t.
tau tak ada golongan yang tak mati?
"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup*, tetapi kamu tidak menyedarinya." [Al-Baqarah, 2:154]
:) bukan itu yang mahu dibicarakan. terlintas dalam fikiran tadi. :D
ok. malam 18 Ramadhan 1432 yang lepas. aku nak kongsi cerita. he. selepas iftar di surau kampus, aku nak balik bilik. namun, sampai di tangga, ciptaan manusia yang berwarna pink tidak kelihatan~ banyak kali cuba perhatikan, tidak ada. warna pink itu sepatutnya paling menyerlah antara banyak-banyak alas kaki yang ada di situ. hue. maka, ambil inisiatif kemungkinan ada mana-mana saudari yang pinjam pakai ke dapur. tiba di dapur, hanya tiga orang saudari di sana. ketiga-tiga pasang kaki tidak berwarna pink. malah kaki seorang saudara pula ada warna pink. =.= sudah tentu bukan saya yang punya. kembalilah saya ke ruang solat wanita surau. duduk duduk mencari dan bertanya, nampak seorang saudari memerlukan bantuan menghantar barang-barang ke dapur lagi. kali ini ke dapur guna laluan lain yang lalu pintu masuk utama surau dan tangga masuk lelaki sahaja. masa pergi ke dapur, tak nampak. ketika mahu kembali lagi ke ruang solat, ternampak seakan selipar pink itu berkilau di mata! oh yeah. my slipper~ :D jumpa~ tukar selipar, tolong lagi saudari tadi angkat barang. syukur. :)
aku memang kalut kan? :D
kemudian...
kahwin. sebelum ini, aku memang mengelak nak sebut pasal ni dalam blog ini. tapi kali ini, aku nak sebut jugak. aku baru tau, ada juga orang yang berpendapat bahawa, selepas kahwin, dia seperti boleh melakukan apa sahaja sebab dia dah kahwin. jadi, tak ada siapa pun kisah dia buat apa pun. sedih. :'( sebagai isteri, sepatutnya lebih-lebih lagi lah penjagaan maruah diri itu dititik beratkan. maruah suami dibawa... heh. aku cakap macam apa je ek? apa-apa pun, walaupun belum ada suami, masih, nama keluarga mesti dijaga. tak perlu tengok keluarga, nama diri sendiri mesti dipelihara. nak tengok yang lagi berat? maruah agama kita bawa. peringatan untuk sendiri juga ya wahai diri? baik. tak tahu lah apa perasaannya eh? huhu. melihat ragam 'isteri-isteri orang' yang negatif, sedikit sebanyak membuatkan aku tidak mahu bercakap mengenai nikahwin ini. tak ada mood. takut... sudah~ tutup topik ini buat masa ini.
susahnya kan nak betul-betul bagi tahu hati bahawa segala yang lepas, sedang dan akan berlaku itu dalam kekuasaan Allah? kenapa susah?
sebab, memang lah boleh cakap yakin segalanya urusan Allah. tapi, masih lagi mengungkit hal lepas dan bersedih atas apa yang berlaku..
masih lagi berbicara panjang mengenai hal yang tak tahu akan berlaku macam mana...
maksud aku, berbicara in a negative way... hu...
Ramadhan sudah suntuk masa dengan kita... :'(
*Hidup dalam alam lain yang bukan alam kita ini, tempat mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan kehidupan di alam itu.
-
No comments:
Post a Comment