45. Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Set forth to them the similitude of the life of this world: It is like the rain which we send down from the skies: the earth's vegetation absorbs it, but soon it becomes dry stubble, which the winds do scatter: it is (only) Allah who prevails over all things.
68. "Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"
"And how canst thou have patience about things about which thy understanding is not complete?"
Set forth to them the similitude of the life of this world: It is like the rain which we send down from the skies: the earth's vegetation absorbs it, but soon it becomes dry stubble, which the winds do scatter: it is (only) Allah who prevails over all things.
68. "Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"
"And how canst thou have patience about things about which thy understanding is not complete?"
____________________________________
heartsong
sabar. sabar untuk taat. sabar untuk menahan diri.
hari ni, senyum. :)
hari ini, masih LOL. SOQ masih belum melekat dihati.
soalan sampai hari ni orang tanya, "kenapa tak balik?"
jawapan untuk setiap kali pertanyaan berulang, "saja"
hakikatnya? hah-ha. aku pun tak reti nak terangkan.
cumanya, bila aku cuba refleksi, yang aku ingat, dengan nekadnya ketika cuti Syawal hari tu, aku dengan nekad (ulang: nekad) bagi tahu ayah, "*ah tak nak balik cuti Deepavali dan raya Haji.." :) teruk sangat ke tak balik? :)
ini kali kedua tak balik cuti lama. kali pertama, 2nd update from penang. setelah dua tahun, aku ulang lagi. haha. ok. :)
petang tadi,
seminggu berada di kampus yang ada orang tapi sunyi sepi sepertinya tiada orang. ha. ha. eh. mari jadi serius! oh. ok. tuntutan ketika berada di rumah dan di sini, berbeza. :) teringat, perkongsian dengan siapa entah, balik rumah, yang 'awla' nya keluarga, ibu dan ayah. sebab tu apabila balik, jangan nak berangan nak bukak buku jadi academician. tak payah. yang itu sepatutnya dilakukan bersungguh-sungguh ketika ditempat belajar. namun, jika anda seorang pelajar yang masih budak sekolah duduk dirumah (memang nada perlekeh, tapi untuk mengetuk sikit biar sedar diri) tidak boleh samakan begitu. aku pun bukanlah pakar bab-bab tuntutan ni. hm. gunalah common sense anda. tapi, secara umumnya bagitulah bagi yang belajar jauh dari rumah macam aku ini. *senyum senget*
dan, bersyukur jugak. inilah masanya aku latih diri aku. ha. ha. aku ini mudah benar nak balik rumah tahu. tak cuti panjang pun aku boleh balik je. hu. jadi, aku sedang menghargai perasaan tak menebal untuk balik ini dengan tidak balik rumah. ^.^ nanti,
seterusnya. aku memilih untuk bekerja dengan orang, bukan untuk sekadar melihat.
...Sesungguhnya saat ini umat sedang menunggu kamu, hiasilah dirimu dengan kebaikan....
khalifah. aku tahu tanggungjawab khalifah dan 'abid. khalifah. pernahkah aku terfikir, bila sistem khilafah itu nak naik balik? apa yang aku sedang lakukan? menyumbangkah? menonton? khalifah tanpa sistem?
rumah terbakar panggil bomba...
teringin bertiup kencang seperti ribut tetapi lembut bak bayu di lautan.
hati...
sabar. do'a. do'a senjata mukmin. kan? :)
hari yang baik. :)
apabila manusia taat dengan segala perintah dan larangan Allah, sungguh, damai di dunia. kerana hanya manusialah yang tidak mengikut perintah dan larangan Allah menyebabkan yang lain juga berterabur << tak sedap jadinya ayat~. ekosistem. :)
ustaziyatul alam... world order... prime wave~ hadirlah dalam mimpi. moga menjadi realiti.
untuk dia, dia dan dia...
eh. aku nak sentimental sekejap. ha. ha.
dia, dia, dia dan dia... :) sungguh aku ini sememangnya tidak berhikmah dalam percakapan. kerana itu aku suka menggunakan teks, tulisan tangan, mahupun komputer mahupun juga telefon bimbit. aku sememangnya kurang ekspresi, disebabkan itu aku tidak boleh berlakon. dan tidak mahu pun. ekspresi yang terzahir selepas guna otak adalah tidak touche. no sincerity. for me. dan sesungguhnya, salahkan aku untuk apa pun. namun, tolong do'akan aku juga semoga derita hati itu tidak menyerang orang lain. untuk kedamaian sejagat. aku, insya Allah berusaha juga untuk itu. jazakumullah khair~ :)
هنسى
zulhijjah sudah~
moga. damai. mimpi. indah. indah. :)
_______________________________________
No comments:
Post a Comment