dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20111218

bosan?

By the Glorious Morning Light, And by the Night when it is still,- Thy Guardian-Lord hath not forsaken thee, nor is He displeased. And verily the Hereafter will be better for thee than the present. And soon will thy Guardian-Lord give thee (that wherewith) thou shalt be well-pleased. Did He not find thee an orphan and give thee shelter (and care)? And He found thee wandering, and He gave thee guidance. And He found thee in need, and made thee independent. Therefore, treat not the orphan with harshness, Nor repulse the petitioner (unheard); But the bounty of the Lord - rehearse and proclaim! (93:1-11)


By the Night as it conceals (the light); By the Day as it appears in glory; By (the mystery of) the creation of male and female;-Verily, (the ends) ye strive for are diverse. So he who gives (in charity) and fears ((Allah)), And (in all sincerity) testifies to the best,- We will indeed make smooth for him the path to Bliss. But he who is a greedy miser and thinks himself self-sufficient, And gives the lie to the best,- We will indeed make smooth for him the path to Misery; Nor will his wealth profit him when he falls headlong (into the Pit). Verily We take upon Ourselves to guide, And verily unto Us (belong) the End and the Beginning. Therefore do I warn you of a Fire blazing fiercely; None shall reach it but those most unfortunate ones Who give the lie to Truth and turn their backs. But those most devoted to Allah shall be removed far from it,- Those who spend their wealth for increase in self-purification, And have in their minds no favour from anyone for which a reward is expected in return, But only the desire to seek for the Countenance of their Lord Most High; And soon will they attain (complete) satisfaction. (92:1-21)

bosan. aku teringat, ada dalam salah satu entri ketika zaman habis sekolah menengah 3 tahun yang lalu, aku pernah mengingatkan temanku mengenai kesibukan... kesibukan saudara-saudara di Palestin. hu. hu.

dan cuti kali ini, sungguh, tiada perkataan yang boleh menggantikan perkataan bosan itu. dan aku malu sendiri kerana setiap kali terdetik bosan dan ingin melafazkan dua suku kata itu, aku teringat pesanku kepada teman tersayang itu tiga tahun yang lalu. Allah kan marah kita cakap tak serupa bikin? :(

dan begitu juga samanya setiap kali mendengar lagu-lagu... kenapa? lagu yang baik-baik macam Number One For Me by Maher Zain... kau baca lirik lagu tu... if i could.. if i could... mom i'm all grown up now... ilal aakhir. aku terasa mahu menyanyi bersama VLC media player ini, tetapi tersekat. sebab sepanjang cuti ini, have i really made ummi smile? have i really put a smile on her? :(

apabila bosan... nak aje aku quote apa yang dah Rnysa quote dalam Love Ride of Hikari... cerita Hazel dan Umar... tapi tak boleh quote sebab buku tu tak ada. tapi ada satu quote aku jumpa di plain.not.

kesibukan fisik dapat membantu banyak memutus kesibukan hati memikirkan banyak hal , pikiran yang hanya mengundang kesedihan- Sunset Bersama Rosie, Tere Liye.
ok. mungkin isi dalam quotation di atas kurang tepat dengan topik kebosanan. tapi boleh dikaitkan, apabila anda tidak ada apa-apa untuk difikirkan dan dilakukan, maka fikiran anda akan menerawang jauh, jauh dan jauh! itu sekurang-kurangnya fikir jugak.. huhu.

macam aku, cuti kali ini, serius aku kata, terasa null. hu. sedih.

hajat awal cuti, kerja. ha. ha. tapi tak ada orang nak ambil aku kerja! serius. dan ada pulak yang boleh ambil kerja tapi tak kena dengan syarat aku sendiri la. hu. antara syarat sendiri tentu-tentulah berprinsip. contohnya tempat kerja itu waktu kerja cantek, tak sampai malam, tapi baju kerja pula bermasalah. lengan pendek. masuk dalam seluar. hu. yeaha. di institut macam tak pakai ye? entah. apabila balik rumahku syurgaku automatik lah susah nak buat benda 'lain-lain'. haha. hm...

dan sesungguhnya, apabila menyatakan bosan, aku malu kepada laron, ikan dan semut. :'(

4 minggu yang berlalu dengan malu.

antara perkara yang aku berjaya kenalpasti mengenai ke-bosan-an yang melanda diri aku adalah kerana dua benda; internet dan novel.

cuti-cuti sebelum ini, internet dapat memberikan aku satu 'kepuasan' dan meng'isi' hidup aku di rumah. kenapa? aku boleh baca blog. aku boleh update blog. aku boleh chatting. aku boleh tengok cerita. aku boleh dengar lagu. aku boleh tengok gambar. aku baca surat khabar dan isu semasa. tapi sekarang.......

aku dapati semua tu tak dapat memenuhi 'kehendak' aku. tak dapat meng'isi' aku. seorang aku yang terasa 'kosong' tidak ter'isi' lagi dengan semua tu. chatting? dah tak ada siapa sangat dah yang betul-betul sempat nak chatting. sebab ramai dah sedar tanggungjawab masing-masing. aku sendiri pun serba salah nak menyapa. nak cakap apa kalau sapa? hu. :( blog? baca blog pun terasa macam semua blog topik macam tu je? :( teruknya aku tika ini. ada juga yang menarik, tapi, paaaaaaaanjaaaaaaaaaaaaanggnyaaaaaaaaaaa! dengar lagu? semua lagu yang aku dengar buat aku lagi rasa useless... dengar lagu ni.. tapi x buat pun?!

cuti-cuti sebelum ini lagi.. biasanya aku habiskan masa dengan membaca. ya. marathon jugak novel... kali ni, banyak juga novel/genre buku lain aku belum habiskan. OK. buku yang genre selain novel memang jarang aku habiskan cepat pun! kau tahu kan? tapi novel... aku dapati jalan cerita novel sekarang teramat tipikal. hu. walaupun dulu aku merasakan novel terbitan JS terbaik~ tapi tengok juga penulis. hua. sungguh aku rindu hasil kerja penulis2 terawal JS... bukan la tak nak baca hasil kerja orang baru, tapi sebab aku rasa 'kosong' aku tu tak bertambah dan berganda baca hasil lain. hu. dan tak membawa aku ke perspektif lain. deng. aku komen macam bagus kan? hu. aku pun sebenarnya pasang niat nak berkarya... tapi, memikirkan minat membaca aku pun merudum, manakah sumber untuk jadi ilham hasil karya? hu. pemerhatian boleh jadi sumber, tapi aku bukan seorang pemerhati yang baik~ (teringat tips daripada A. Samad Said 3 tahun lalu...)

aku berazam, balik daripada mengiringi remaja-remaja adik-adikku sayang tu, aku tak nak mengeluh bosan lagi! tetapi, masih ada lagi tembok mengeluh bosan itu! hu.

padahal... masa yang ada tu boleh je aku isi dengan benda yang boleh menjadikan aku seorang anak solehah sebenarnya. boleh je aku isi dengan perkara yang mendekatkan aku ke arah membentuk seorang adik dan kakak solehah. boleh je aku penuhkan dengan anasir yang membawa aku menuju ke laluan untuk mengadun seorang tetangga yang solehah. paling penting, masa yang terlalu banyak telah berlalu itu, sebenarnya tanpa aku sedar, aku telah melepaskan peluang untuk berlari infiniti km/jam dalam mengejar ke-solehah-an seorang hamba.

segannya apabila teman bertanya, apa khabar iman?

malu lagi dan malu lagi kepada laron, ikan dan semut.


20111214

saya pengiring.


alhamdulillah sudah hari ketiga kembali ke rumah! haha. bukan kembali ke sekolah! ;p

aku juga sebenarnya telah mencari gambar banner ini sebelum berangkat untuk dijadikan DP...

pengalaman kali ini sangat menarik! kenapa? kerana saya pengiring. anda tahu, ketika saya diminta untuk menjadi pengiring, saya teringat akan syarat-syarat pengiring yang tertera pada skrin komputer yang saya baca pada blog program XPERT 2011.

Keperluan Kumpulan ( Ikut Negeri )
  1. Video Camera
  2. atau, Digital camera yang ada keboleh merakam Video
  3. Laptop
  4. Seorang Pengiring Yang Berpengalaman Dan Cekap

aku dah mengaku awal-awal, saya tidak berpengalaman menyertai program seperti ini kerana zaman saya dahulu sudah terlepas dan saya tidak berpengalaman dengan bandaraya Kuala Lumpur! saya juga tidaklah cekap kerana saya memang terkenal dengan kegelabahan saya. hampeh. tapi, syukur sangat kerana ada seorang teman saya yang dikenali sejak tadika mengatakan mahu turut menjadi pengiring! oh! satu nikmat itu! :) saya teringat kisah nabi Musa a.s. yang ditemani nabi Harun a.s. :)

saya sangat berdebar-debar seketikanya saya tiba di stesen bas sebelum bertolak ke KL. kenapa? kerana saya memang bersendirian tidak ditemani ummi. dan saya perlu berhadapan dengan ibu-ibu peserta yang bakal saya iringi! hahhh! ish~ cuak tahu! aku bertanggungjawab ke atas mereka! =.="

sampai Hentian Putra. hahaha! aku tak tahu di mana surau. =.=" tapi adik-adik tu pandai cari sendiri. :D dah besar~ haha! aku pulak yang tersalah arah. (diorg tak tahu fakta pagi itu) haha. malu. oh. aku bawak empat orang remaja perempuan dan dua orang remaja lelaki.

selepas Subuh, mari kita ke stesen STAR!! STAR? star? star? apakah? ok. menurut kakakku ada star dan KTM. amek lah star kerana lebih cepat untuk sampai ke Jelatek. berpandukan peta, cuba mencari stesen star. tapi akhirnya tak jumpa. dah nampak KTM punya stesen dulu, maka pergi je ke KTM. huhu. sangat meminta maaf kepada adik-adik comel-kacak-rock-baek tersebut.

dah tu sudah dapat tiket, aku sangat la sengal buat tak reti naik KTM pulak!!! memang malu. haha. hakikatnya dah sudah dah pun. hahaha. abaikan.

alhamdulillah. setelah yang tersalah stesen sudah kembali, selamat sampai ke SRI Al-Amin Keramat.

oh. aku memang bagi tahu ibu-ibu mereka, saya ini tidak biasa dengan KL. saya belajar di Bukit Mertajam. harap maklum. (^.^")V

maka itu lah permulaan kisah kelakar aku di KL.

masuk je kawasan sekolah, sudah tentunya mencari tempat pendaftaran. hu. hu. agak lambat mendaftar kerana rupanya bukan dua orang sahaja peserta kumpulan kami ini akan datang sendiri, rupanya tambah lagi tiga! omo~ pulak tu, biasanya aku ini jenis lupa diri, tak guna loghat kalau dah tinggalkan tanah negeri Cik Siti Wan Kembang itu. err... di tanah itu pun aku tak berapa guna loghat sangat. haha. memang lupa diri. disebabkan sudah guna loghat dengan adik-adik semua dan temanku pengiring lagi seorang, aku jadi kurang rajin nak switch lidah ke bahasa biasa. =.= ;p setelah aku bercakap beberapa patah, kedengaran komen,
"pekat nyaaa.."

=.=" aku sengih :D :D inilah pertama kali aku dengar komen sebegitu terhadap bahasa yang aku gunakan! hahaha! *bangga ;p

seterusnya, aku pun menunggu bersama adik-adik comel-kacak-rock-baek tadi bersama timbunan bagasi-bagasi kami. datanglah seseorang yang baik hati,

"dari mana?"

"kelate"

"mana pengiring?"

aku, "saya lah pengiring.." adik-adik tu bantai gelak. *rofl

memanglah gelak tak dapat dielakkan. ^-^

maka, bermulalah pengembaraan XPERT 2011. oh. aku pakai name tag. ada orang cakap,

"pengiring tak perlu pakai name tag..."


-.- aku pergi lagi ke pondok pendaftaran kali kedua menyerahkan name tag. lalala~

aktiviti hari pertama. mencari duet. hahaha. duit ejaan betul dia.

sesudah aku dan tiga orang anak buah mencari duit di warong soto berlada (sila search di Facebook dan like, aku lupa nak suruh semua orang yang gi XPERT 2011 like page dia... =.= tauke mintak... hahaha) kitorang kembali ke SRIAAKL. rupanya warong tersebut sangat la dekat! tiga langkah betul. :) aku duduk tu, ada la team lain masih mengumpul keuntungan. aku pun dengan berbaik hati membeli... :) nanti aku post kepada siapa yang aku mahu beri itu. :) yang tak boleh pergi nya... aku bahasakan diri aku 'akak' la kan dah sedar diri yang tua ini, adik yang berniaga comel itu,

"pengiring ke?"


aku, ":D ha a!"

berkenaan loghat, sesudah seharian bercampur gaul dengan orang dari pelbagai tempat, ada jugak orang tanya,

"kenapa tak ada bunyi Kelantan pun?" lebih kurang. haha. :D

ketidak-berpengalaman-dan-cekap-an saya semakin terasa ketika hari kedua di mana explorace bermula! o yeah! maka, terima kasih berjuta-billion-trillion kepada sakinahM temanku~~~ <3 sayang dia ketat-ketat! (sungguh aku geli dengan gaya bahasa ini. hahaha)

ketika explorace inilah... makk~ budak2 ini tak berlari pun. jalan je. aku ini pulak terlebih bimbang mereka ketinggalan dengan sukarela menunggu mereka berjalan ke hadapan. =.=" dalam hati nak je aku nyanyi lagu lenggang kangkung. hua3. dan tiba-tiba aku merasakan diri ini memang peserta sejati walaupun aku sebagai pengiring. hahaha. dan aku tak tolong mana pun diorang buat task. ;p sebab aku kan pengiring? :p task diorang memang la mencabar dan task yang aku selalu gelabah. haha. tak pe. ini program mereka, bagi mereka rasa! (jahat kan aku? :P)

sampai satu checkpoint, ada pula yang mempersoalkan aku sebagai pengiring. =.=

aku, "nak tengok i/c ke?"

dah memang i/c je pun yang ada dengan kitorang... tak boleh pergi komennya,

"91? keciknya."


aku, "=.=" apa boleh kata? tak perlu kata apa-apa. senyum. haha. ;p

tapi ada respon seorang peserta yang aku paling tak boleh terima bila ingat, budak tu bantai ketawa ketidakpercayaan bahawa aku ini pengiring! dang! wangi sungguh~ hu. hu. hu.

xplorace tersebut, team kitorang team terakhir sampai~ hua3. mendapat tepukan gemuruh. oleh kerana tiada sesiapa mahu menjadi orang pertama masuk dewan, aku pun berjalan dengan penuh gemuruh dan selamba. =.=" bak kata adik Atiff, explore. tak race pun.

malam itu, selepas briefing mengenai video making, kitorang khidmat diri. kemudian, pukul 11 baru berkumpul dan pindah gambar daripada beberapa buah kamera kepada satu komputer dan pilih gambar pulak untuk letak dalam video. penat tunggu diorang! =.=

dek kepenatan xplorace juga, ramai tak lalu makan termasuk aku. haha! dua suap je makan. esoknya tambah dua tiga suap pagi. tengahari sebelum balik, tak sampai separuh. tak pernah lah selera aku merudum begitu sekali! selera berpindah kepada Sakinah! ;p

akhirnya, si Sarah tidak tidur langsung sehingga hari terakhir. haha. penangan video. Nadiah dan Amalina juga tidak cukup tidur. hari terakhir, dalam dewan baru terbitkan (baca: publish) video. hu. hu. aku teman aje diorang, tapi tidur nyenyak dengan Munirah! ^.^ Madihah, Linie dan Nafisah dengan Sakinah di tempat yang lebih proper. itu geng-geng penunjuk jalan; Linie dan Sakinah. haha.


banyak lah benda yang aku dapat dan belajar sepanjang bekerjasama dengan Sakinah dan adik-adik comel-kacak-rock-baek ini serta fasilitator-fasilitator yang berpenat lelah serta peserta-peserta yang matang-matang. ;p ribuan terima kasih dan jutaan kemaafan terutama kepada Sakinah kerana yang saya selalu ada je soalan. video di bawah menceritakan perjalanan team yang hebbak ini~ phewiit! (aku juga tidak berapa suka akan gaya bahasa ini kerana macam tak senonah)

one word: OSEM!


insya Allah tahun depan nak cuba jadi pengiring lagi! [^-^]V

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS. An Nisaa 4:100)
(yaitu)orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."(QS. Ali 'Imran, 3:191)