dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20111214

saya pengiring.


alhamdulillah sudah hari ketiga kembali ke rumah! haha. bukan kembali ke sekolah! ;p

aku juga sebenarnya telah mencari gambar banner ini sebelum berangkat untuk dijadikan DP...

pengalaman kali ini sangat menarik! kenapa? kerana saya pengiring. anda tahu, ketika saya diminta untuk menjadi pengiring, saya teringat akan syarat-syarat pengiring yang tertera pada skrin komputer yang saya baca pada blog program XPERT 2011.

Keperluan Kumpulan ( Ikut Negeri )
  1. Video Camera
  2. atau, Digital camera yang ada keboleh merakam Video
  3. Laptop
  4. Seorang Pengiring Yang Berpengalaman Dan Cekap

aku dah mengaku awal-awal, saya tidak berpengalaman menyertai program seperti ini kerana zaman saya dahulu sudah terlepas dan saya tidak berpengalaman dengan bandaraya Kuala Lumpur! saya juga tidaklah cekap kerana saya memang terkenal dengan kegelabahan saya. hampeh. tapi, syukur sangat kerana ada seorang teman saya yang dikenali sejak tadika mengatakan mahu turut menjadi pengiring! oh! satu nikmat itu! :) saya teringat kisah nabi Musa a.s. yang ditemani nabi Harun a.s. :)

saya sangat berdebar-debar seketikanya saya tiba di stesen bas sebelum bertolak ke KL. kenapa? kerana saya memang bersendirian tidak ditemani ummi. dan saya perlu berhadapan dengan ibu-ibu peserta yang bakal saya iringi! hahhh! ish~ cuak tahu! aku bertanggungjawab ke atas mereka! =.="

sampai Hentian Putra. hahaha! aku tak tahu di mana surau. =.=" tapi adik-adik tu pandai cari sendiri. :D dah besar~ haha! aku pulak yang tersalah arah. (diorg tak tahu fakta pagi itu) haha. malu. oh. aku bawak empat orang remaja perempuan dan dua orang remaja lelaki.

selepas Subuh, mari kita ke stesen STAR!! STAR? star? star? apakah? ok. menurut kakakku ada star dan KTM. amek lah star kerana lebih cepat untuk sampai ke Jelatek. berpandukan peta, cuba mencari stesen star. tapi akhirnya tak jumpa. dah nampak KTM punya stesen dulu, maka pergi je ke KTM. huhu. sangat meminta maaf kepada adik-adik comel-kacak-rock-baek tersebut.

dah tu sudah dapat tiket, aku sangat la sengal buat tak reti naik KTM pulak!!! memang malu. haha. hakikatnya dah sudah dah pun. hahaha. abaikan.

alhamdulillah. setelah yang tersalah stesen sudah kembali, selamat sampai ke SRI Al-Amin Keramat.

oh. aku memang bagi tahu ibu-ibu mereka, saya ini tidak biasa dengan KL. saya belajar di Bukit Mertajam. harap maklum. (^.^")V

maka itu lah permulaan kisah kelakar aku di KL.

masuk je kawasan sekolah, sudah tentunya mencari tempat pendaftaran. hu. hu. agak lambat mendaftar kerana rupanya bukan dua orang sahaja peserta kumpulan kami ini akan datang sendiri, rupanya tambah lagi tiga! omo~ pulak tu, biasanya aku ini jenis lupa diri, tak guna loghat kalau dah tinggalkan tanah negeri Cik Siti Wan Kembang itu. err... di tanah itu pun aku tak berapa guna loghat sangat. haha. memang lupa diri. disebabkan sudah guna loghat dengan adik-adik semua dan temanku pengiring lagi seorang, aku jadi kurang rajin nak switch lidah ke bahasa biasa. =.= ;p setelah aku bercakap beberapa patah, kedengaran komen,
"pekat nyaaa.."

=.=" aku sengih :D :D inilah pertama kali aku dengar komen sebegitu terhadap bahasa yang aku gunakan! hahaha! *bangga ;p

seterusnya, aku pun menunggu bersama adik-adik comel-kacak-rock-baek tadi bersama timbunan bagasi-bagasi kami. datanglah seseorang yang baik hati,

"dari mana?"

"kelate"

"mana pengiring?"

aku, "saya lah pengiring.." adik-adik tu bantai gelak. *rofl

memanglah gelak tak dapat dielakkan. ^-^

maka, bermulalah pengembaraan XPERT 2011. oh. aku pakai name tag. ada orang cakap,

"pengiring tak perlu pakai name tag..."


-.- aku pergi lagi ke pondok pendaftaran kali kedua menyerahkan name tag. lalala~

aktiviti hari pertama. mencari duet. hahaha. duit ejaan betul dia.

sesudah aku dan tiga orang anak buah mencari duit di warong soto berlada (sila search di Facebook dan like, aku lupa nak suruh semua orang yang gi XPERT 2011 like page dia... =.= tauke mintak... hahaha) kitorang kembali ke SRIAAKL. rupanya warong tersebut sangat la dekat! tiga langkah betul. :) aku duduk tu, ada la team lain masih mengumpul keuntungan. aku pun dengan berbaik hati membeli... :) nanti aku post kepada siapa yang aku mahu beri itu. :) yang tak boleh pergi nya... aku bahasakan diri aku 'akak' la kan dah sedar diri yang tua ini, adik yang berniaga comel itu,

"pengiring ke?"


aku, ":D ha a!"

berkenaan loghat, sesudah seharian bercampur gaul dengan orang dari pelbagai tempat, ada jugak orang tanya,

"kenapa tak ada bunyi Kelantan pun?" lebih kurang. haha. :D

ketidak-berpengalaman-dan-cekap-an saya semakin terasa ketika hari kedua di mana explorace bermula! o yeah! maka, terima kasih berjuta-billion-trillion kepada sakinahM temanku~~~ <3 sayang dia ketat-ketat! (sungguh aku geli dengan gaya bahasa ini. hahaha)

ketika explorace inilah... makk~ budak2 ini tak berlari pun. jalan je. aku ini pulak terlebih bimbang mereka ketinggalan dengan sukarela menunggu mereka berjalan ke hadapan. =.=" dalam hati nak je aku nyanyi lagu lenggang kangkung. hua3. dan tiba-tiba aku merasakan diri ini memang peserta sejati walaupun aku sebagai pengiring. hahaha. dan aku tak tolong mana pun diorang buat task. ;p sebab aku kan pengiring? :p task diorang memang la mencabar dan task yang aku selalu gelabah. haha. tak pe. ini program mereka, bagi mereka rasa! (jahat kan aku? :P)

sampai satu checkpoint, ada pula yang mempersoalkan aku sebagai pengiring. =.=

aku, "nak tengok i/c ke?"

dah memang i/c je pun yang ada dengan kitorang... tak boleh pergi komennya,

"91? keciknya."


aku, "=.=" apa boleh kata? tak perlu kata apa-apa. senyum. haha. ;p

tapi ada respon seorang peserta yang aku paling tak boleh terima bila ingat, budak tu bantai ketawa ketidakpercayaan bahawa aku ini pengiring! dang! wangi sungguh~ hu. hu. hu.

xplorace tersebut, team kitorang team terakhir sampai~ hua3. mendapat tepukan gemuruh. oleh kerana tiada sesiapa mahu menjadi orang pertama masuk dewan, aku pun berjalan dengan penuh gemuruh dan selamba. =.=" bak kata adik Atiff, explore. tak race pun.

malam itu, selepas briefing mengenai video making, kitorang khidmat diri. kemudian, pukul 11 baru berkumpul dan pindah gambar daripada beberapa buah kamera kepada satu komputer dan pilih gambar pulak untuk letak dalam video. penat tunggu diorang! =.=

dek kepenatan xplorace juga, ramai tak lalu makan termasuk aku. haha! dua suap je makan. esoknya tambah dua tiga suap pagi. tengahari sebelum balik, tak sampai separuh. tak pernah lah selera aku merudum begitu sekali! selera berpindah kepada Sakinah! ;p

akhirnya, si Sarah tidak tidur langsung sehingga hari terakhir. haha. penangan video. Nadiah dan Amalina juga tidak cukup tidur. hari terakhir, dalam dewan baru terbitkan (baca: publish) video. hu. hu. aku teman aje diorang, tapi tidur nyenyak dengan Munirah! ^.^ Madihah, Linie dan Nafisah dengan Sakinah di tempat yang lebih proper. itu geng-geng penunjuk jalan; Linie dan Sakinah. haha.


banyak lah benda yang aku dapat dan belajar sepanjang bekerjasama dengan Sakinah dan adik-adik comel-kacak-rock-baek ini serta fasilitator-fasilitator yang berpenat lelah serta peserta-peserta yang matang-matang. ;p ribuan terima kasih dan jutaan kemaafan terutama kepada Sakinah kerana yang saya selalu ada je soalan. video di bawah menceritakan perjalanan team yang hebbak ini~ phewiit! (aku juga tidak berapa suka akan gaya bahasa ini kerana macam tak senonah)

one word: OSEM!


insya Allah tahun depan nak cuba jadi pengiring lagi! [^-^]V

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS. An Nisaa 4:100)
(yaitu)orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."(QS. Ali 'Imran, 3:191)

4 comments:

pencinta said...

waaa..best betul ...x tau pun pasal program ni..tp tgk gmbr mcm best..

sufiyyah zulkifli said...

:) program ni lanjutan drpd program X-REK yg biasanya untuk pelajar sekolah lepasan PMR asey~ :) mmg best! :D

CP said...

pergh. bessstttnyer dpt jadi pengiring! =)

sufiyyah zulkifli said...

CP. :) mmg best. haha. adventure la klu pengiring tu x berpengalaman mcm sy. XD