dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20111101

review.

dramas:
- dream high
- heartstrings
- ijimae
- city hunter

movie:
- the last samurai

books:
- Bulan di Atas Champs-Elysees by Eva Hana
- Swords of Ice by Letife Tefkin

song:
- You and I by Irfan Makki
- Erti Persahabatan Ini by De Hearty

others:
- with Palestinian Ladies

baiklah. entri ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. cumanya, review itu saya tak tahu nak terjemahkan kepada? :)

drama yang tersenarai di atas semuanya drama Korea. uh? mak cik ni tengok Korea?
ketika aku berdramarathon, aku melihat mesin yang digunakan untuk menonton drama itu,
inikah maknanya untuk memilikimu? dugaan inilah yang aku takut untuk memilikimu wahai mesin!
sebelum aku membebel lagi, aku mahu review dahulu empat drama tersebut. Dream High aku tengok bukan dari episod pertama.
kisah Dream High ini mengenai cita-cita empat lah kot watak utama pemuda pemudi yang memang mahu beraksi dalam dunia hiburan; nyanyian, tarian~
mereka datang dengan berlatarbelakangkan sejarah hidup yang berbeza. ada yang terlebih keyakinan diri. ada yang terlalu rendah diri.
aku tak ingat sangat dah jugak cerita dia, tapi antara isi cerita yang aku dapat mengenai hubungan kekeluargaan dan menggapai impian. (eceh!)
dan keruntuhan institusi kekeluargaan sungguhlah menghasilkan produk yang tidak diingini (aku tak pasti betul ke aku kaitkan dengan institusi kekeluargaan ini? heh~)
begitulah tak lebih tak kurang. dan aku suka lagu tema Dream High ini... yeaha. bukan sekadar muzik, tetapi lirik.
Heartstrings. ambil dari teman. tak lebih tak kurang tema ceritanya ada persamaan dengan Dream High. aku tertarik dengan tajuk ceritanya. Heartstrings.
macam tersirat gitu. memanglah. ha. ha. isi yang aku belajar juga dari drama ini, menggapai cita juga. juga hubungan kekeluargaan. oh. juga percintaan berlawanan jantina. heh!!!!!! tak dinafikan, aku ini manusia yang sukakan hiburan. muzik dalam drama Heartstrings ini agak lah menarik dan sedap didengar. tambah lagi, keunikannya gabungan muzik tradisional dan modern. yeaha. lagi satu isi, atuk watak utama si wanita itu sangat mempertahankan keaslian muzik tradisionalnya!
orang kata apa, konservatif? aku, yang juga ala konservatif ini, setuju juga dengan atuknya itu. hah-ha. hm. percintaan merentasi jantina, begitukah indahnya? itukah harganya? omo~ apa aku taip ini! tapi itulah antara tema utamanya.
Ijimae. diambil pada tarikh yang sama dengan Heartstrings. oh. cerita ini lah kan! dua episod awal, tak dapat dinafikan, banjir! sangat~ begitukah kejamnya dunia demi kuasa yang tidak hakiki? demi nikmat yang fana? ceritanya.. oh. sebelum itu, muzik-muzik latar cerita ini pun semuanya best. =.="
secara asasnya, cerita ini bertunjangkan dendam. pembunuhan. korupsi dalam kerajaan. kroni. perbezaan taraf hidup. tidak lupa juga cinta itu. hah! juga keluarga.
sukanya tengok aksi dalam cerita ini yang banyak menggunakan pedang. dan, sangatlah kejam aksi-aksi mereka berlawan berbunuhan kerana tujuan untuk membunuh, memanglah bunuh yang akan dilakukan. pedang itu memang mencari nadi dileher untuk diputuskan. kejamnya.
City Hunter sangat mempunyai persamaan dengan Ijimae itu. dendam. bunuh. korupsi. kroni. ekonomi; taraf hidup. cumanya latar masa berbeza. Ijimae itu zaman dulu, dinasti dinasti tu, City Hunter zaman sekarang. medium komunikasi pun touch screen. he. jadi, cerita ini tak banyak guna pedang. banyak guna peluru, besi... apa yang sama, penggunaan pisau kecik.

cerita Ijimae dan City Hunter, wataknya ada yang anak luar perkahwinan. illegitimate child. latar masa yang berbeza, benda yang sama. silap yang sama. apa yang aku nampak, ayah kepada anak itu semuanya mempunyai perwatakan yang boleh kata hampir sempurna. baik. tapi, kerana sejarah itu, ia menjadi satu kelemahan yang sangat melemahkan! watak ibunya juga, sangat lah... baik. anak juga, hebat. bahkan dalam cerita City Hunter itu, anak itulah watak heronya. dalam Ijimae, hero kedua aku panggil. yeah. kedua cerita ini mengenai hero. apa ya dalam sastera sebut? lupa sudah istilah yang aku belajar sem lepas. :D
watak hero dalam kedua cerita ini sangatlah disanjung sehinggakan masyarakat lebih menyanjungi mereka lebih daripada pemerintah yang memerintah. kenapa?
pada aku, kerana mengembalikan yang hak kepada yang hak. melampau ke aku membuat kenyataan itu? hm. jika anda sudah menonton, boleh lah berikan pandangan. eh!
saya tidak menggalakkan anda menonton ya!

apa yang aku tidak suka dalam keempat-empat drama diatas, bagaimana tema cintanya ditonjolkan. tiada lagikah cinta yang lebih bermaruah? konservatif pun konservatif lah.
tapi harganya itu. heh!!


movie. sudah lama aku mahu menonton The Last Samurai. ini kerana aku macam tengok sikit lah ketika ESQ mahasiswa angkatan ke-4 tak silap, 2009 di Kepala Batas.
sungguhlah. cerita ini agak berjaya menonjolkan keistimewaan orang-orang Jepun. semangat mereka!! fullamak~
penempatan golongan yang mempertahankan tradisi samurai mereka itu, perkampungan mereka sungguh! perfecto~ aman aje ditonton. tapi agama mereka Buddha.
beratnya menonton movie ini kerana pegangan mereka itu. hu. kerana aku 'izzah dengan islam. oh, kenyataan berat ini! akan dituntut hari akhir nanti!
aku terfikir, bagaimana ya perkampungan yang mengamalkan islam? suasananya? tentu lebih lagi indah! oh. sungguh! berpeluangkah?
mereka, golongan-golongan samurai itu sanggup mati mempertahankan tradisi mereka... darah memancut-mancut..
tahap itukah iman diri jika sampainya masa itu?
itu sahajalah review aku untuk The Last Samurai.

buku. Swords of Ice. tidak khatam lagi. sungguh. blurbs belakang buku mengatakan mengenai ekonomi antara temanya. apa yang aku fahamlah... tapi apabila bacanya, sikit aje yang aku faham. mereka buka syarikat. dan aku tidak faham kaitan dengan Volvo? hu. buku ini aku beli sebab tajuk dia. he. hm. beli dengan ayah. tahun lepas. tika pertama kali ayah jumpa aku ketika datang negeri pulau ini. he. aku yang mintak. ha. ha. aku tak faham kaitan Halilhan itu dengan wanita-wanita dalam cerita itu.
bahagian yang menarik bagi aku ialah bahagian Gogi yang mencari pasangan. dia utus surat kepada wanita yang dia nak la kan. balasan wanita itu memanglah best!
salah satu suratnya aku suka. ha. ha. dan dan... ok. ada masa aku amik gambar upload kat sini. eh. bukan ada masa, masa teringat.. he.
Bulan di Atas Champs-Elysees. kurang lebih 24 jam aku baca. habis kulit ke kulit. semalam. di JJ. kedai buku ular pop. biasanya aku ini sangatlah kedekut untuk membeli novel bahasa Melayu jika tidak bersama puteri-puteri kayangan lima bersatu. tapi semalam, redah jugak meneliti rak buku novel Melayu di kedai itu. Eva Hana.
mula-mula, rak aku singgah memanglah rak Klasik Inggeris kerana di hadapan. tetapi, memikirkan Heart of Darkness yang aku beli 2005 dengan temanku Afiqah pun tak habis lagi. Afiqah dah sampai Ireland pun. hu. buku Jane Austen aku beli awal sem ini pun belum terbawa ke mana-mana. (aku biasanya bawa buku tak habis baca masa jika jenjalan).oh. Eva Hana. nama penulis buku yang berjaya menarik tangan aku untuk mengambilnya ke kaunter pembayaran. buku ini, frasa yang persuasif itu adalah 'kisah benar'.
tiba-tiba aku terfikir, sirah nabawiyah itukan sebuah kisah benar? omo. omo. omo! tika aku sibuk ingin tahu kisah benar orang, teman katil sebelah sedang bertungkus lumus membaca biografi empat imam! omo!! salah satu lagi sebab aku berat nak beli buku juga, buku-buku yang ilmiah juga masih banyak aku belum khatam dalam almari di bilik yang aku tinggalkan itu~ ironi ke? aku membaca novel percintaan wanita Islam dengan lelaki Perancis Kristian, teman disebelah membaca biografi empat imam~
sedih. sedih sungguh aku membaca kisah Eva Hana itu. kenapa? sayang. sebab dia muslim. dan memang dia mengaku dia memang sayangkan islam dalam buku itu. tetapi sayang, kerana cinta jejaka Perancis itu berjaya menumpaskannya juga. adegan yang terlihat dalam drama antara pasangan bercinta juga dialaminya. dan takut juga aku.. begitukah penangan cinta? hu. dan sungguh menyayat hati apabila Eva Hana itu membandingkan budaya Perancis (ke Paris?) dengan apa yang cuba masyarakat tempatan cuba tiru. taqlid buta. melampau ke? terlintas frasa itu sebab Eva Hana bagi tahu meniru budaya tapi tak tahu apa yang ada dalam budaya itu. budaya itu ialah wain.
wain itu di Perancis ke Paris itu bukanlah ditogok sebotol diminum begitu, tetapi untuk sesuatu yang tertentu sahaja dan sebagai perasa dalam masakan. aku bukan suruh pergi rasa wain ya! tetapi, masyarakat tempatan menogok wain terus daripada botol sehingga mabuk. hu. dan di sana wain itu dihargai untuk dinikmati... tengok dalam cerita, kan apabila pasal wain, mereka suka sebut pasal tahun berapa, berapa lama dah umur wain itu. hu. tiba-tiba teringat, tahun lepas tak silap, aku sedang beratur di kaunter pembayaran sebuah pasaraya, dia dihadapanku seorang remaja lelaki, sedang membayar harga sebotol arak. beratnya terasa belakang dan bahuku!
teringat lagi aku pernah ternampak ada pemuda mencuri di kedai cenderahati ketika sekolah menengah. oh. penyaksian!
teringin rasanya berjumpa Eva Hana dan anaknya. anaknya handsome kot? haha. =.=" ok. satu lagi, Eva Hana ini wataknya berani mencuba sesuatu yang baru, mudah bosan. itu yang sampai ke Perancis. aku, begini pula terlalu berani. hu. endingnya, tahniah kepada Eva Hana kerana berjaya mempertahankan imanmu. sungguh, surah Al-Kaafirun itu.
oh. juga, Eva Hana memang mempunya sahabat sejati disisinya. yang berani menegurnya. sentiasa mengingatkannya. menghargainya. menyayanginya. checklist.

ada sesi bersama wanita dari Palestin. dua orang. Nurrah dan Tahrir. ikut info yang aku tangkap ada link dengan HAMAS gitu. tak sure lah. bahasa pengantar dalam dewan semalam, Melayu, Arab dan Inggeris. hu. catatan aku semalam tak ada bersama saat ini. jadi, kira hutang ya? tapi, satu yang mengetuk hati, pesanan Syeikh Ahmad Yassin.. mengenai hiburan dan muzik. hu. anda perasankan awal entri itu, sungguh berhibur aku ini? semalam, City Hunter episod akhir aku tonton, dan sememangnya selepas habis itu sahaja, aku terus delete folder City Hunter itu. tetapi tidak lagi untuk Heartstrings dan Ijimae! oh. diri ini~

membaca entri seorang teman yang belum realiti eye-to-eye mujahadahnya mendelete folder J nya, sungguh aku turut tersalur kekuatan untuk mengikut jejak itu. dan, sahabat tersebut, TAHNIAH. semoga terus tabah dan tsabat! insya Allah itu do'a saya untuk awak!
setakat ini dahulu. panjangnya entri! ha.

You and I baru download semalam pagi. with the help of a classmate. please, pray for him to see the light. hu.

hutang aku untuk entri seterusnya:
- surat Gogi
- catatan bersama dua wanita Palestin (oh. macam ada gap...) ok. catatan bersama saudara dari Palestin.
- gambar. :D

oh ya. remember to grab the chance in this early ten days of Zulhijjah!

No comments: