dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090325

safari!

akhirnya, aku nak update jugak blog ini. ehe. padahal pagi tadi, punya la, tak nak update. tak nak. tak nak. dalam hati, NAK!! sangat besar 'nak' itu.

oh ye. aku applied JPA hr tu. REJECTED. he3.

nak update pasal pergi Johor hari tu. musafir yang sepatutnya 4 malam 3 hari, jadi 5 malam 4 hari. silakan baca. haha. ^-^


090319 - jam 2000 bertolak dari Terminal Langgar, Kota Bharu.
jam 2100, duduk sebelah pak cik. beliau bersama anak menantu serta cucunya.

090320 - lebih kurang jam 0900 tiba di hentian Shell Skudai, Seri Puteri. ibu saudaraku menjemputku. beramah mesra dengan kakak; Nadhrah dan Farah Tasnim yang sudah lama tidak dimesrai. he. menyiram kasih mesra dengan cik Layla Sakina dan cik Aynie Munirah. budak kecil yang kepoh lagi havoc, just like Ali dan Muhammad di rumah. beza sikit, diorang tak bergerak sangat dan tak kacau banyak barang macam Ali dan Muhammad. ^-^ diorang sangat suka melukis dan membaca. bercerita kepadaku itu dan ini. hoho.
jam 1900, kelam kabut sedikit. sebab,

ibu saudaraku, "nama masjid tu apa? kalau aminuddin baki, tak ada. kat taman U sini masjid ainuddin wahid. yang tu kat KL kot. lagipun, tak nampak pun banner ke apa ke, macam tak ada program."

aku, "erk. errr... nanti. nanti check lepas ni."
jam 2000, hal itu checked. masjid ainuddin wahid. lalala. memang la.


090321 - jam 0745 kot, keluar sarapan dengan ibu saudaraku. bapa saudaraku sudah ke KL untuk kerja. kemudian, aku dihantar ke masjid Ainuddin Wahid itu.
tiba disana, disapa dengan wajah ceria AJK program. k.Sakinah, k.Wani dan tak ingat sape. pergi daftar dengan kak... k.'Atiqah dan kak... lupe. tapi masa tu k.Iman baru sampai. berkenalan dengan Idayu dan Liyana. kemudian, program mula. Knowing Me Knowing You. aku berduet dengan k.Asma'. err... k.Asma' ke k.Khadijah ek? aiyak! tak dapat dikenalpasti.

lepas tu slot Mission Possible - ITK (Ini Tujuan Kita). aku teka Ini Tanggungjawab Kita sebenarnya. he. penyampainya Akh 'Ammar Taqiyuddin b. Ainullotfi. sangat bermanfaat. perasaan masa ISK menyapa. ^-^

lepas tu slot Life@IPT. ahli panel terdiri daripada k.Amirah, akh Dhany dan pak cik Ainullotfi. arts stream dominasi dunia. haha. kemudian, marilah berpersatuan ketika di IPT. ^-^ lepas tu, penting ke masuk universiti? dapat input baru. perkataan bachelor ialah perkataan Latin. perkataan Latin asalnya Arab. dalam bahasa arab dia, bihaqqirriwayah ; the right to convey. lepas tu, pasal Able to think, analyse and solve. (lupa ni definisi apa. tak silap, definisi pelajar universiti kot. berkaitan dengan universiti.) lagi, RESULT ISN'T EVERYTHING. he. lagi, pasal culture shock. biasanya definisi culture shock ialah budak2 baik/jurus berubah jadi tak baik. 3 perkara kena jaga. 3P. pergaulan, pemakaian dan pemikiran. kita muslim. kita ada paksi kita. lagi pasal pelajar Islam Melayu. secara umum, orang Melayu orang right-brain. tapi kita tidak boleh stereotype. ^-^ kena ada attitude yang betul. banyak la yang dapat. lepas tu, fikirkan jugak contribution kita untuk ummah!!

lepas Asar, Jom Bekerja! bila tengok dalam tentatif tu, apakah?? kerja apa? it's a game. bergerak secara berkumpulan. kumpulanku 5 orang. Syarfa, Sakinah, Muna dan... huk3. dah lupa. T-T maaf. maaf. hisy.
oh ya, Muna, aku bertemu dalam blog dulu. masa berkenalan tu, dia sebut namanya, Muna.

aku, "Muna 'Adilah?"

aku kenal dua orang je nama Muna. Muna Majidah dan Muna 'Adilah. Muna Majidah aku dah pernah jumpa. ^-^ hoho. disitu kami bertemu. Subhanallah.
game ni ada 5 checkpoint termasuk yang last. checkpoint first yang kitorang kena, disuruh menyanyi, buat lirik. he... lirik oleh Syarfa. lagu, ciplak PLKN - yang iklan dalam tv punya.

kami syahidah
syahidah yang itqan
bersama berlima
menuju matlamat

bersatu kita teguh
bercerai kita roboh

kamilah syahidah yang itqan

ada checkpoint kena tutup mata. ada check point pijak2 petak, lepas tu dapat markah. ada CP yang kena bagi tau ayat kepada kawan tanpa guna lidah. apa pun. kita hidup ada objektif. komunikasi bukan hanya melalui percakapan. usaha. tawakkal. oh ya, last sekali bina menara guna kertas keras, kadbod.

malam tu, slot C2PC. oleh Prof Madya Dr. Razali.

"Begin each day or task with a clear understanding of your desired direction and destination."
ho. aku lupa pasal ini hari ini.

universiti = estuari. estuari, dalam geografi, tempat antara sungai dan laut. estuari tempat ikan, udang dan et cetera membesar, menguat segalanya untuk ke laut. universiti adalah estuari kepada kita. kita? err... remaja. ^-^ aku bukan lagi budak. ^-^

lepas tu CSI CGPA oleh akh Mohammad Zakri b. Tarmidi. pasal pointer la. biasiswa. pinjaman. etc2. short sem. tak boleh lupa ayat ni, "tak tau kenapa orang UIA suka ambik?" nak ketawa. haha.

090322 - pagi slot bersama akh Dhany. "jom kenali KARISMA" slot ini diberi nama, pelajar muslim @ IPT. pasal usrah. pasal matlamat itu. ^-^

Ummah
Skil
Rakan
A
mal

H
arta = ilmu.


lepas tu ada booth macam2. yang aku singgah CENFOS ; CFSIIUM, BENL, kaunseling/psychology. perguruan punya tak ada. he. BENL bukan TESL. hoho. tapi pasal bahasa inggeris la jugak.

akhir sekali Langkah Bermula. inilah azamku! ^-^ semoga cita-cita kami, azam kami diterima Allah. amiin! insya Allah, kami sedang bermula!

program ini ialah Eksplorasi Menara Ilmu di Johor anjuran Kelab Remaja JIM Johor.

disini juga, bertemu dengan k.Husna Mustapha dan k.Nusaibah. ^-^


jam 1500 aku balik ke rumah keluarga bapa saudaraku.

jam 2045 tiba di hentian Shell Skudai. selepas 2 jam 15 minit menanti bas, bas tidak kunjung tiba ibarat menanti bulan bintang jatuh ke riba! haha. hiperbola melampau. akhirnya, bermalam di Taman Pulai Utama lagi lah aku. frust jugak la masa tu. tapi, aku tahu, aku kena redha. ^-^ aku pasrah~ hee.. dah la ibu saudaraku dan sepupuku itu bersekolah esok harinya!! ada hikmahnya. ^-^ sampai je rumah semula, terus tido. siap mimpi ngeri. tu la, tak basuh kaki lagi. hehe. a'udzubillahi mindzalik!!

090323 - jam 0630. semua orang bersiap untuk keluar except me. he. duduk je la kat rumah. ayah called. ayah kat Port Dickson. aku agak, ayah nak ajak aku ke sana. haha.
jam 1645 ibu saudaraku pergi kaunter Transnasional dekat Shell itu. aku terlelap bersama Aynie.
jam 1900 - alhamdulillah. encik Zaid suruh ke Larkin malam nanti. tak kena beli tiket baru. tukar je dengan yang dah ada. he, ditadirkan dia tak tukar, balik Kelantan nanti, ummi akan saman!! ^-^
jam 2100 naik bas SKMK 412, DAR 9304. memang bas ini yang aku patut naik malam sebelumnya. ^-^ duduk disebelah Fifi, pelajar UTP, lupa kursus engineering apa dia belajar. ex-MRSM Johor. dia pernah sertai KBM. dia tahu juga pasal EMI tapi tak dapat ikut sebab ada hal perlu diuruskan. pak cik Zaid tu letak aku kat seat 1A. pak cik Zaid kata, "kenapa 2 org penumpang lg tak ada cari dia pun?" sebab ada dua lagi patut naik ditempat sama dengan aku. wallahu a'lam.
he. hope to meet Fifi again. cerita dia, terlepas bas. hehe. dia sebaya dengan aku. dia kenal Najibah.

090324 - alhamdulillah, selamat tiba di terminal Kota Bharu jam 0630.

dan sudah dua hari aku dirumah bertemankan si Ali Akmal!! hadey. kakaknya ini sangat la. semalam hantar dia ke rumah mak kepada ayah kami. tok abah yang datang amik! hehehe. hari ni, dia tak nak pergi. maka, makan roti je lah.

pengalaman pergi seorang diri ke Johor ini sangat best. alhamdulillah. mengajar erti tawakkal itu lebih lagi. bagaimana setiap orang ada tiga penjaga. thanks yummy-neechan for reminding me this. kita ada DIA YANG MENGUASAI BUMI DAN LANGIT, kita ada PENCATAT KIRI DAN KANAN kita. apa lagi? =)

kasih sayang itu penting. lemah lembut itu kelebihan. hoho. insya Allah, aku berusaha untuk
lebih berkasih sayang, berlemah lembut dengan adik-adikku. thanks Aynie dan Layla. ^-^ thinking about justice. ^-^

oh ya, aku baca satu buku poetry lah kut dirumah bapa saudaraku itu. tajuk dia, To My Daughter. buku dia kulit keras warna PINK. koleksi kata-kata daripada penulis2 terkenal gitu. ada la satu rangkap pasal women ni tak diciptakan dari kepala... bukan untuk bla3. dari rusuk untuk bla3. last sekali dia tulis - Talmud. Talmud ialah kitab orang Yahudi. huhu. ayat tu biasa kita dapat forward kat maya ni. aku, bila nampak Talmud tu.... hurnm. tak apa-apa kut. what do you think?

teringat Layla mengeja.

"k-e, ke. r-a, ra. MONYET!!"
aku, "bukan lah. k-e, ke. r-a, ra. kera!"

okeh. setakat ini sahaja update ku. aku takut, guna laptop ummi ni lama-lama. takut melampaui
hak sepatutnya. aku tak nak macam tu. sambil kekang addiction sendiri. ^-^ that's why aku
tak masuk fs, YM. :)

aku juga ada tersilap bagi tahu maklumat kat akhawat EMI, rumah bapa saudaraku di Taman
Pulai Utama, bukan Taman Universiti. ^-^ semoga jumpa lagi. Farhah, Zack, Fatimah, Hajar, Nawal, Areefah, Aimi dan lain-lain lagi. salam teristimewa untuk k.'Abyd. ^-^

pstt.. sesiapa yang nak join EMI, insya Allah akan ada lagi. nanti saya bagi tau. ^-^

M-U-S-L-I-M, i'm so blessed to be with them!

20090318

rosak.

kala ini, diriku sedang menggunakan compaq ummi yang baru sahaja sembuh. he. sebenarnya dalam proses untuk menolong seorang teman mengisi borang-borang online ; UPU, maktab dan lain-lain. masih tergendala proses ini pada orang maktab memandangkan diriku tidak menyimpan data-data keputusan SPM 2008 beliau itu. maka, daku sedang menunggu SMS daripada guru kelas kami, untuk menghantar nombor guru kami yang lagi seorang ; yang menguruskan data-data peperiksaan para pelajar.

subhanallah. alhamdulillah. allahu-akbar! ummi telah membelikanku tiket ke Johor ; Skudai pada tengahari tadi. jazakillahu khairan kathira. ummi dan ayah akan melepaskanku seorang diri bermusafir ke negeri selatan itu. agak berdebar sebenarnya. tidak pernah ke negeri orang seorang diri. kos tiket bas pergi-balik ini memakan RM141. waah...

"mahalnya ummi..."
"memang la. tiket bas."
"ke KL berapa mi?"
"RM40 je untuk sehala. ikutkan nak beli tiket kereta api je. tapi, tak harap pula awak naik sorang-sorang.."
"heee... memang pun. fikir-fikir semula, takut jugak naik kereta api sorang-sorang. nak gi solat, gerabak lain tu..."

teringat perbualan rakan-rakan sekelasku tahun lepas. hurnm. terima kasih ummi, ayah!

refleks semula, cuti sekolah adik-adikku ini, aku hanya jadi zombie. urm.

set komputer ini, hari ini sudah mula buat hal. alkisahnya, tengah malam semalam, aku telah sedang guna (i was using it. he. he.) dirinya. tiba-tiba ada satu dialog box kat bucu kanan monitor keluar. "virus infected ... bla3..." aku pergi klik. wawa. download ntahkemende xp ntah. bla3. scan guna AVG. heal semua threats tu. tiba-tiba, desktop ke wallpaper jadi gelap. folders kat desktop kat screen tu ada bayang-bayang kaler biru!! wargh. virus!! mencuba. mencuba. setelah scan, restart balik. dah restart, masih tak jadi!! meminta pertolongan teman maya. wah3. terima kasih kepada mereka berdua. aku nak cuba buat cara reboot, tetapi sebab 'rabun' sangat IT ni, terskip cara dia. lepas tu off. kena tidur. nak tidur. tak sanggup korban tidurku untuk komputer - bendalah - ni. hari ni, rancangnya nak try la reboot. sekali, bila bangun, oh, adikku yiba dah balik dari Penang! dia sedang guna. ok. let her use it. tanak kacau walaupun dalam hati masa tu jealous la jugak nak guna. heh. gil.. cintakan duniakah? dah janji, lepas dia sudah, aku nak guna dulu. nak buat operasi menyelamat. sekali sampai la tengahari tadi. Ahmad telah meminta daripadanya. oh Ibrahim ini. aku biar je la.

oh ya, pagi tu bagi tahu ayah. ayah kata,
"nak reboot? pastu nak kena format balik... etc3... lain kali, keluar apa-apa jangan klik. biar je. tak pun, putuskan dulu dengan line internet tuh...etc3..."

makanya, aku batalkan la untuk reboot. tapi masih nak buat operasi menyelamatkan kepentingan aku! haha. e-books ku!!! aaaaa~ pictures. yang ini tak apa, kawan aku ada. e-books tu... hurnm. tak apa, boleh cari lagi. huhu. bila Ahmad Ibrahim guna, dia tak tahan dengan cabaran virus tu. terus je restart komputer tuh. akhirnya mula la dia buat onar komputer ini. logging off... loading... logging off... pasrah segalanya. he.

terpaksalah minta laptop ummi untuk siapkan urusan temanku itu. nak kena hubungi mu'allimah Faridah sekarang ni.

maka, insya Allah, ini adalah entriku yang terakhir sehingga komputer - desktop - kat rumah ni elok semula. tengoklah, tak tahan sangat, i'll update it after two weeks. insya Allah.


khas untuk lala-chan, cerita assalamu'alaikum cinta itu habisnya, asma' dengan kevin. cinta - seiras dengan asma' - dengan restu. rio dengan alda. alda cuba racun siapa ntah, kevin ke, haa, rio. tapi kena kat dia sebab pembantu rumah itu nampak. dia insaf, dan cintakan rio jugak bla3. he. mummy kevin ingat kevin kahwin dengan asma' palsu - cinta - tapi rupanya asma' sebenar. maka sakit la mak cik tu. lupa apa yang terjadi. itu aje lah. ini pun, aku ingat-ingat yang ummi cerita balik je. ummi pun tengok sekejap2 je. okeh.

alhamdulillah. semalam sudah siap mengisi borang-borang online aku sendiri. aku isi tiga tempat, UPU, maktab dan JPA. ada rezeki aku, dapatlah mana-mana tempat aku dalam tiga tu. usaha aku dalam SPM, sudah jauh dibelakang. maka, sekarang aku mesti usaha yang sekarang. yang dibelakang, jadikan pedoman. aku masih tercari-cari. aku sudah mendapat terlalu banyak "pengisian" nak ikutkan pandangan kasar. aku dapat ISK, seawal tingkatan 4. aku mendapat pendedahan perkara-perkara tarbiyyah dan dakwah, ketika masih di sekolah menengah. tapi, apa yang sudah aku sumbangkan? berapa ramai yang sudah aku lasso? berapai ramai yang masih konsisten dengan aku? oh, bagaimana diri sendiri? di rumah? sungguh. hal ini bukan main-main.

matlamat. aku sudah tahu dan yakin dengan matlamat yang satu itu, ALLAH. ya.

hanya ALLAH matlamat kami
Rasulullah pemimpin kami
Qur'an dustur kami
Jihad jalan kami

nasyid ini didendangkan ketika idad du'at tahun lepas. berfikir sendiri, sejauh mana hari-hariku seiring dengan huruf-huruf merah diatas? apa yang aku tercari-cari ialah, bidang manakah yang harus aku pilih untuk meneruskan perjalanan ini? dan sungguh, sila improve usaha dan tawakkal itu.

do'akan perjalananku selamat sejahtera.

till then.

20090314

a blast. he3.

peace no war.

mode masih lagi sikit-sikit... eh, dah hilang kot. mengenai result SPM saya itu. he3. alhamdulillah, mudah untuk saya adapt situasi ini. 

hari dapat result hari tu, the day before yesterday, sebenarnya saya tak rasa apa-apa pun wahai awak! tak ada heart feelings nor hard feelings. namun begitu, setelah mendapat feedback orang ramai mengenai result saya itu, saya jadi sensitif sendiri. he3. setelah berjumpa ramai orang perasaan tu agak la rapuh. ya lah. nak nak lagi bila tanya, nak further dalam bidang apa. gelap seketika. teringat kata-kata rakan sekelas saya tahun lepas. ha3. oh ya, agak heart feelings dan hard feelings yang first ketika saya tunjuk slip tersebut kepada my first hero. he3. tapi boleh aje diabaikan pada masa tu. lepas tu la yang jadi terapung sekejap. 

balik rumah, online. ho3. tiba-tiba kena provoke pasal nak further tu. yang ni menyedarkan diri la. masa ni jugak, memikir-mikirkan nak sertai qiam malam ni tak disekolah ya? aku ambil langkah untuk ikut serta. telah meminta k.Tasnim K datang ambil. ho3. terima kasih banyak k.nik!! sampai bercorak kereta ibunya yang juga guruku. ngee... sorry. aku kena bersemuka dengan masyarakat! ha3. aku tidak boleh berkurung. he3. tak berniat pun. bila balik rumah tu la, bila nak keluar, jadi was-was. oh ya, ada satu yang tak best aku dengar masa sebelum balik ke rumah. ianya di 'situ'. hampeh. he, aku patut sedar diri juga. whatever.

petang itu, keluar bersemuka dengan dunia ini. Junaidi, terima kasih bonceng kakak! haha. teringat kakak Shah Alam itu. sebut Shah Alam, nampak rakan sekelas masa tingkatan satu. 

k. Tasnim fetch me at home. Aman ikut. nak pergi asrama. alhamdulillah. pengisian malam tu, Tanggungjawab Pemuda. tidur lambat. aku the first bangun pada awal pagi itu. masih dihantui slip LPM itu. ha3. baca Riyadhussolihin yang dipinjam daripada cik Asma'. hadis terakhir dalam bab Niat. betapa, perbuatan yang betul-betul kerana Allah itu.. tak ingat apa perkataan yang dia sebut. hadis tu pasal 3 pemuda yang terkurung dalam gua tu. tawassul.

pagi, konklusi pengisian malam tu. BINA ISLAM DALAM DIRI, KEMUDIAN IANYA AKAN TERBINA DI BUMI KAMU. 

tarbiyah. ya. aku sedang menjalani tarbiyah. ujian adalah nikmat. nikmat itu adalah ujian. kan dah disebut ini dalam SURAT CINTANYA, wahai aku? ya. aku yang terlupa. jangan terpedaya dengan nafsu ammarah yang tak memberi motivasi tu. hee...

ikut k. Tasnim balik ke rumahnya. akhirnya aku tiba dirumahnya~ tak pernah pergi. teruknya aku. 5 tahun duk menyemai kasih sayang, hari itu baru pergi. alhamdulillah. *sengih* 

hard feelings came when i see others expectation. heart feelings came along parallelly. [nampak vectors add math pulak. ha3.] aku pernah tulis pasal expectation ini pada blogdrive aku pada tahun lepas. heee... perasaan itu sangat la. dan bila aku berada di tempat orang yang diexpect ini, aku pun jadi sedih la sebab boleh kata aku telah kecewakan mereka walaupun pada dasarnya aku tidak kecewa. dan satu ayat jahat datang dalam kepala aku. he. tak payah la tulis disini. nanti ada hard dan heart feelings pulak. [err... su'uzzhon ke ni? harap tidak. berwaspada. (",)] jadi macam rasa kecewa sebab kita sayang, kan? 

kasih sayang itu titi
kasih sayang penghubung hati
dari kasih timbul simpati
dengan sayang ada persaudaraan
kerana kasih ingin berbakti

-raihan-

tak ada warna pink rupanya kat blogspot ini. mana nak cari ya?

hard feelings akan membuatkan kita menjauh daripada sesuatu. 

aku kategorikan rasa berdosa itu pun dalam hard feelings. he. sesuka hati je. 

DOSA IALAH APA YANG MERESAHKAN HATIMU DAN ENGKAU BENCI JIKA ORANG LAIN TAHU.

semalam, sebelum tidur, aku tangkap satu ayat dalam satu puisi yang dibaca di ikim.fm. DJ Zarita kot yang membaca itu. 

...derita kita
gagal dalam peperiksaan...
...derita mereka
apabila rumah mereka dirobohkan...
...kita menangis kerana gagal dalam dalam peperiksaan...
...mereka menangis...

-muharikah-
lebih kurang begini la ayatnya.

aku tersentuh. adakah aku ini..? fikir-fikirkan. alhamdulillah. alhamdulillah. ikutkan, aku tidak gagal pun dalam peperiksaan itu. hanya kurang berjaya dimata dunia. 

teringat, doc itu kata, "jangan 'suicide' - send yourself to doom." sebenarnya tak faham doom itu apa - secara jelas- masa tu. lepas tu tengok dictionary. hee... yup. alhamdulillah, aku tak terniat pun. tapi, setelah merefleksikan diri, adalah jugak dalam rentetan hidup aku yang mengarah ke situ. 

ALLAH s.w.t kata, DIA berfirman,

"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [2:195]

(",) 

sekarang ini, mencari-cari teman untuk ke Johor itu. EMI. lalala.

yiba sedang ke Pulau Pinang untuk Excel. bersama kasihnya, cik Najah yang dapat ikut last minute. selamat berbahagia semua!

lala berjaulah di Johor bersama naqibahnya. selamat berbahagia kakakku!

20090312

face it.

alhamdulillah. sudah mendapat natijah SPM 2008 ku! ha. cik yummy, boleh tolong jangan excited sangat. biar la aku expose ke blog aku dulu. ape la mu! 

10.30 janji dengan ayah di rumah tepi jalan itu.

11.00 bertolak dari rumahku semantelah ayah ada hal. [betul ke guna semantelah? hu3.]

11.30 masuk ke pejabat. 
k. hasni, "nak berapa?"
aku, *sengih* 

slip bertukar tangan. tengok. alhamdulillah! i deserve this.

3A1, 1A2, 1B3 and 7B4.

aku tahu, ada segolongan manusia tak sangka. he.

kejadian selepas itu,

"piyah datang dah!"

"piyah, berapa?"

"k.sufi macam mana?"

"k.sufi, mesti 10A ni." [sangat la. yang ini.]

aku tunjuk je kat diorang slip itu.

sengih. "tengok la." 

"k.sufi, mana faham."

"abaikan yang tak faham. tengok grade je." sengih.

"si beliau gembira dapat kalahkan piyah." sengih. [yeah. insya Allah hanya untuk dikertas itu. haha! insya Allah, kita bertanding ikut adat lain pulak, nak?]

ape ek nak kata? 

pak cik itu kata,

"ni hasil study malam je kan? study malam siang tak gini..."

aku, "ya. study siang je ni." sentiasa sengih.

kat sekolah ada sambutan maulidurrasul. 

bila balik, terlintas, this is not the end of my life. senyum sendiri.

MABRUUK teman-teman sekalian.

aku, dah terlalu banyak berfikir sehingga saat ini. hahaha. SPM is quite disaster. huh. 

message balasan paling best diterima, 

"alhamdulillah. insya Allah lepas ni improve usaha n tawakkal ye. :-)" - k.ainun salimah.

dah dapat satu nasihat yang panjang di IM YM. insya Allah beliau doc gonna be.  dan sangat irritating kata-katanya for the first time. 

he. thank you ilham shah. haha. always be there for me eh? sungguh budak ini. 

TERIMA KASIH kepada semua.

hanya aku tahu apa yang slack. ha. ha. 

ini ujian terbesar untuk aku dalam perkara ini. ha. ha. sangat. dah nampak benda yang akan jadi hardy eh? it's really hard actually. berlagak tenang sangat senang. *straight face* 

keep your faith. yeah. have faith. have faith.

come to Allah, you'll never fail. - raihan

The earth and all that it contains
With Allah’s blessing, He sustains
Remember this, my dear, in sleep
That Allah’s pleasure we must seek. - zain bhikha

though, i'm not quite happy with this. though people shocked with this. though this brain has been stucked of this. remember HIM. always. any given time. 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." [2:45]

pagi tadi, check inbox e-mail. EMI! Eksplorasi Menara Ilmu. di Johor. 21-22 Mac 2009. aku sudah daftarkan diri tanpa bertanya sesiapa. insya Allah i'll be there. be strong! ha. ayah sudah izinkan tadi. ^-^

tomorrow offers a new day. new oppurtunity. 

ps:teringat semalam pergi sekolah rendah. ha. ha.

tertinggal point utama,

aku harap keputusan ini tidak menjadi fitnah kepada mana-mana pihak terutama deeni, islam.

alhamdulillah, aku amik result hari ini dengan tangan kanan. hurnm. (2023hrs)

20090311

cinta baginda s.a.w

sesiapa yang tidak berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dikatakan bakhil. semoga kita bukan
digolongan itu.

mari hidupkan sunnahnya. dia cintakan kita, ummatnya. checklist diri. checklist diri.

20090304

tiba-tiba.

tiba-tiba.
hari-hari yang memerlukan mujahadah yang lagi bagus.
hujan. sejuk. pagi, gelap. sangat rasa berat tulang untuk melakukan kerja-kerja. walaupun dengan bermalas-malasan.MySpace hah. teringat aku cakap kat temanku, asma', "malas ya? orang yahudi sibuk. orang palestine sibuk. kita?" huhu. bila nak sebut malas, teringatkan kata-kataku pada asma'. hah. kan bila kita tidak lakukan apa yang kita katakan, murka DIA akan menjengah?
membaca. buku-buku yang aku senaraikan pada bulan lepas, tiga buah belum aku habiskan.
Jadilah Wanita yang Paling Bahagia, Letters to Jerusalem dan KPP. he. KPP itu rasanya tak habis kut. Rooftop Rant belum dibaca walaupun sudah dua minggu berada dibawah bantal. he. MySpace tiba-tiba tak ada perasaan.
beberapa hari lepas, telah seliratkan minda sendiri dengan persoalan... em. masa depan? hah. pasal bidang pelajaran yang nak disambung, insya Allah. aku lost. haha. aku minta pendapat orang-orang, kena tanya balik. sungguh. keadaan itu menyesakkan dadaku. nafasku tiba-tiba mendesah laju. padahal tak bersemuka pun. alhamdulillah, tindakan emergency telah dilakukan. bagitahu ummi ayah, alhamdulillah ummi ayah tak buat aku sesak nafas.MySpace he. he. lepas result la baru panjangkan benda ni. yeah~
esok, ingatkan ada rehlah. rupa-rupanya minggu depan! haha. tak logik la aku ini. kan sabtu nanti Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah! mana la sempat sekolah nak buat dua program dalam satu minggu dengan hari berturut-turut! Jumaat nanti, insya Allah k.ainun nak kumpulkan balik peserta-peserta ISK dan SH hari tu. hanya nak bersantai dan ta'aruf dahulu sambil-sambil refresh balik benda-benda tu.MySpace
menjengah LOVE LETTER, terjumpa satu terjemahan.

Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya? Tidak! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. [53:24&25]

^-^ sesuailah dengan kondisi aku sebagai lepasan SPM yang menunggu keputusan. ^-^ sesuai untuk semua orang sebenarnya.

20090303

sent-see-thief.


the sensitivity of our skin depends on two factors. they're :
1- the thickness of our epidermis. the thinner is the epidermis, the more sensitive is our skin.


2- number of receptors. the higher number of receptors, the more sensitive is our skin.


i read facts above in science form two reference book. the book is belong to my mom. something came across my mind while reading this. how about the sensitivity of our heart? our feeling to others? is it the thickness of iman? or number of people we love? or the thickness of how much we care about others? or should i say the sensitivity of our iman eh?

sensitive is good. MySpace sensitive is bad. MySpace

read kereta mayat's writing in his blog yesterday. [click]

again, where's the fire of this entry? MySpace

MySpace today is the 25th anniversary of my parents. MySpace