semalam balik je dari Sekayu, tanya ayah pasal medical check up bla3 semua tu.
ayah kata, "Esok, AHAD, Kelantan cuti lagi. tak boleh buat apa-apa lagi."
aku, "oh.. pastu? register Isnin dah..."
Lala menyampuk, "tu boleh jadi excuse la. telefon lambat...bla3.."
aku, "..."
haha! ok.
ada satu benda boleh buat, pergi membeli belah. he.
tengoklah macam mana.
semalam best walaupun sekejap2 rasa tension tu.
ha. ha. tension? sebab kena melayan Muhammad dan Ali tu.
bertolak dari RV, depan Restoran Hamid, pukul 9 pagi lebih dah. sebuah bas dan 2 buah MPV yang dipandu.
aku naik bas. untuk Muhammad. lalala. Ali dan Junaidi naik bas gak.
Muhammad sungguh tak duduk diam dalam bas!!!
sehinggakan, aku mencatat rekod sendiri. tak tidur langsung on the way ke Sekayu~
sampai je kat sana, terus pimpin Muhammad turun. mendahului orang lain. nampak ayah.
terus je jalan menonong masuk ke tempat tu.
manusia sungguh sesak! panas matahari pulak. lalala. syukurlah ada matahari, kan? okay...
ayah panggil. aku cakap nak gi tempat ummi.
aku jalan je - tarik adik tu. Ali tiba menjerit-jerit dari belakang.
jalan je. sekali tak jumpa ummi. sampai pondok pembayaran.
duduk jap kat situ. telefon ayah. aiya...
jalan lagi. hoho. baru nampak ummi. saudara-saudara perempuanku. aku terus lepaskan Muhammad.
air yang mengalir laju lagi deras sudah kedengaran. kelihatan deruan air dicelah batu besar baik batu kecil. haha!
aku duduk. muka dah cemberut. Yiba selalu jadi mangsa pertama, sebab dia selalu tegur aku dulu. maaf la ye. dah tau muka aku tu semacam, faham2 lah. dah 16 tahun 8 bulan kamu tinggal serumah dengan aku. :P
tak layan orang. tak tolong orang. pujuk jiwa sendiri. mind set. mind set. datang untuk apa?
aku faktor suasana juga. okay...
nampak Lala dah masuk air dulu dengan Ahmad serta Muhammad. tak boleh jadi. tak boleh jadi.
terus turun dengan Yiba. haha. rindu betul. ceh!!
aku dengan Yiba main dalam air tu sungguh-sungguh. ke sana ke sini dalam air tu. duduk kat laluan air terjun best~ lalalala. subhanallah.
inilah air terjun. :P tapi, rasanya bukan tempat aku main tu kot.
layan si Muhammad. yang pelik tak best kacau Muhammad kali ni. sebab dia tak takut macam kat laut-pantai hari tu!!!! cuma, untuk mendengar jeritan dia yang nyaring tu, kena simbah air banyak-banyak! tapi, seriously, tak berapa best usik dia. maka, nak layan dia pun, biar tak pun. :P
aku dan Yiba, berendam lama gila ah. hahaha! kitorang naik darat makan kejap. lepas tu turun semula. lepas tu naik solat, turun semula. naik last tu, nak balik dah la...
nak balik.... ingat tak mo dah naik bas!!!
sekali, kena naik jugak. Muhammad tu, padahal dah rebah-rebah, luka gila kat kepala lutut tu. masih nak naik bas. aku, masa dia rebah nangis gila-gila tu, ingat gembira la tak payah naik bas. sekali... degil lah Muhammad. (sama macam sape? he. yelah3.)
tak pun, at least boleh tukar shift, tapi... tu ah. apa-apa pun, layan~
on the way back to Kelantan, okay. sempat tidur. tu pun bila dah hampir separuh perjalanan. ok lah tu. tidur gak.
sampai je tempat RV tu semula, turun. ummi dah ada kat bawah (bas kan tinggi.. :P) - luar bas.
walaupun, kaki luka-luka, calar-calar akibat bermesra lama sangat dengan sungai-air-terjun-Sekayu tu lama sangat, alhamdulillah, jiwa terasa terubat. kan?
program ke Sekayu ni sebenarnya dianjurkan oleh pusat tuisyen IM khasnya, yang diterajui ummi dan mak cik Ti. aku duduk sebelah adik Syazwan masa dalam bas. she's matured - in my eyes. sebab dia banyak tolong aku layan Muhammad. she's in form two. the second daughter over six siblings. mungkin itulah faktornya. anak-anak teratas. segan gak, padahal aku lagi tua dari segi umur. haha!
balik rumah, masa tu lebih kurang pukul 9 malam. punggah-punggah barang masuk rumah. kemudian, keluar lagi untuk memenuhi undangan ke majlis kenduri kawan ummi ayah merangkap saudara jauh sebelah ayah kepada ayah. :P Ali mula buat sedikit audition kat sini.
satu benda aku kecewa dengan suasana kat sana.
biasalah. tempat mandi. faham-fahamlah macam mana. dengan seluar pendek. terlondeh pulak. -.-
mana-mana je, ade je pemandangan tak best tu.
pulak tu, kilang asap bergerak. yang tak ni tak banyak sangat.
lagi, pencemaran alam sekitar!!!!
sisa-sisa polisterina, jaring, plastik-plastik gelenyar, kulis buah-buahan. kulit buah laici lalu kat aku.
setakat ini dahulu.
cerita lain versi dari lain orang :
- momo
- lala
search gambar Sekayu, sebab aku tak de gambar nak tunjuk. terjumpa gambar mu'allimah Munirah. hehe. beliau pernah jugak bercerita pasal ke Sekayu sikit. aku tak perasan pulak. dah baca entri tu.
trip kali ni tanpa Yummy dan Aman.
aku ada satu analogi nak share senarnya. omo... entri lain lah. hehe.
selamat bercuti kepada yang bercuti.
selamat belajar kepada yang sedang belajar.
selamat bekerja kepada yang bekerja.
selamat kepada semua. tak faham pun apakebendamaksudtulisantu.
p/s: senarnya rasa cam nak demam sikit-sikit. haha!
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). [84 : 6]
3 comments:
Salam.
wah..bestnye sekayu..
1st time pegi sana waktu darjah 6 dulu..pergh..dah bape puluh tahun tu?
jauhnya ke sekayu...mlmh tak sggup jauh2 g utk ke air terjun..mlmh ni takut g air terjun sbb ada byk katak..wah takutnya..
hidet : huhu. kira la sendiri. :D
cikgu linda : saya tak jumpa pun katak. hehehe. rugi la mlmh x nikmati air terjun semata kerana katak~ :D
Post a Comment