alahai. aku tak ada kamera tadi nak snap gambar tu.
lebih kurang 30cm dari ayam yang makan ayam tu, kucing makan ayam.
aku sebelum ni memang dah agak tertanya-tanya, ayam makan ayam tak eh? maka, pagi tadi, terjawab sudah. ayam makan ayam!
macam mana boleh jadi macam tu?
semalam aku telah membeli dua ketul extra drumsticks for encik no. 9 dan no. 10. namun, mereka tidak makan dua ketul tersebut. hari ni, ragu-ragu aku nak makan. bagi la makan kucing yang no. 8 tu suka sangat. tapi, kucing bunting tu ambil seketul sahaja. maka, ada ibu ayam ni lapar jugak, datang patuk-patuk drumstick saudara dia sendiri. hm. tiba-tiba nampak terjemahan surah al-hujurat. :)
hari ini, aku terkenang zaman lepas SPM sebelum sambung belajar. being a homemaker. hm.
aku tiba-tiba rasa perubahan aku ada kaitan dengan tinggal di hostel. aku punya statement dalam kepala pagi tadi, "tinggal di hostel buat aku makin jual ikan."
namun, aku terbanding pula asrama pertama aku dan asrama kedua. kenapa ketika di asrama pertama tu, aku rasa bahagia eh? err. bukan kedua tu tak bahagia. tapi, rasa dia macam lain. haha. ala. sebulan, mana nak tau berubah ke tak, ye? baik. baik.
sebenarnya, bukanlah tinggal di hostel penyebabnya. haha. cuma, sedikit sebanyak, rutin di situ buat kita jadi terbiasa. alah .. tegal biasa. aku lupa dah peribahasa !! parah. parah.
rutin di asrama yang sangat la bagi kesan negatif apabila balik rumah, tak buat kerja orang lain. ya lah. di asrama, tempat kau, kemas sendiri. meja kau, pandai-pandai kau. sekali lagi, logik aku menolak. haha. ok la. bukan pasal tempat. bukan pasal meja. sebab semua tu tetap berkongsi. laundry business. yeah.
am calling U
tutup topik. aku merapu.
tadi, pergi kedai buku. oh la la. banyak buku. main objective is planner 2011. :D tapi semua aku tak berapa berkenan. -.- nak masuk ular pop, tapi, fikir, nak sumbang kepada ekonomi melayu yang islam. =.- lepas tu, usha novel. ilham hamdani dah ada adik penulis rupanya. hamzah hamdani. (pandai2 je aku) :D nampak novel Jhumpa Lahiri!!! oh my. tapi harganya tu, cun la. dicongakkan, RM36.00. kedekut tak aku? aku tau, aku kedekut. tambah lagi, 2 bijik buku aku beli masa date dengan ayah kat Carrefour hari tu pun tak khatam lagi. English jugak. :D lepas tu, aku nampak lagi.
weih!!! novel DBP!!! susah tahu nak jumpa novel DBP dijual open begitu. pesta buku je aku selalu jumpa. DBP baru buka pasaran ke luar ke? aku pun apa lagi, terus belek. nak beli JS nye novel, kakak-kakak aku galak memborong hari tu. tak pasti tajuk mana belum dibeli.
ayo ayo...
masalah sikit kedai tu, novel DBP tu dia tak letak harga. aku pun buat confident tanya akak cashier. ada diskaun. dapat la RM18.00. tajuk apa ya buku tu? tema dia budak lelaki pandai, aktif di sekolah tapi kurang perhatian daripada ayah. menarik tak? :) cikgu... hm.
ada sebuah novel ilham hamdani aku terasa nak beli. anekdot belakang tu agak tak boleh pergi (blah). ha. ha. harga dia lebih kurang je dengan Lahiri tu. hu.
*teringat tuzki punye emoticon*
i wanna tell you sometimes i feel like we've killed the world
don't wanna leave you like no mercy at all...
driving skill aku sangat teruk. =.= aku benci aku yang memandu. tapi aku suka! 0_0 boleh pergi la. heh. entah.
when they ask about ME
my servants, I AM NEAR...
o ye. aku dah buang nasyid hari tu. :)
aku dah jadi mak cik. sebab classmate aku masa sekolah rendah dahulu sudah menimang cahaya mata sulung pada 10 November lepas. nak pergi ziarah dia! baby is innocent and pure. heh. silalah faham. bersih dari dosa.
take one step toward ME
I will come running to you
classmate aku yang sekarang pula, salah seorang akan akad nikah 19 November. aku nak pergi kenduri dia! :) kenduri akhir tahun ini, di Kedah juga. tahun lepas, pergi kenduri di Kedah dah. :)
esok, ada jamuan di sekolah menengah. ketika memandu tadi, tiba-tiba rasa macam segan-segan. ha. sekarang, nampak pantai. jom?
buku alam Jin sebenarnya seronok juga kan? ini adalah pengaruh Xarine yang menulis pasal Yuda tu. aku ni, cakap je lebih, padahal baru sampai m/s 42. :D
tengok Korean drama dengan no. 3 dan no. 6 malam tadi. aku sangat la concern pasal bahasa inggeris translation dia tu. tolong la weiii. grammatical errors crazy banyak!!! tak boleh menahan aku. dalam hati, siapa la yang translate ni? takkan la company cerita ni tak pilih elok2? tolong la wei! entertainment. entertainment jugak. bahasa tu kena jaga! *oh. semangat bahasa?* haha. minta maaf! :D
tiba-tiba aku jadi macam mempraktikkan ilmu linguistics aku ketika menonton drama Korea. o la. la. la. Language Description. heh. tiba-tiba terfikir, agaknya, satu hari nanti akan ke exam subject tu di lakukan dengan cara menonton drama?
"watch the drama and identify the errors in the translation."
ha. ha. seronoknya! hisy. tiba-tiba nak jadi Menteri Pendidikan. Pendidikan i would say. dan, sesiapa yang nak belajar dalam bidang apa-apa, mestilah dia itu mencintai bidang itu! :D
sebab belajar tanpa hati, susah la. pernah tonton 3 idiots? silalah tengok. dia highlightkan isu hati dalam belajar ni. :) jangan la leka tengok tarian2 dia. skip aje yang itu. aku tengok pun kerana projek Social Studies. :D thanks k.muna.
aku cuba sampaikan kepada kawan-kawan aku ketika study. lebih kurang gini,
"kenapa kita boleh ingat jalan cerita sesebuah novel dengan baik walaupun hanya sekali baca? sebab kita baca dengan hati. sebab tu kita boleh ketawa, menangis masa baca novel. try baca buku tu macam baca novel."
subjek Social Studies masa tu. ha. ha. ha. kawan aku tu buat-buat menangis dan ketawa. haha. aku saja je masa tu. santai aja. siksa tahu menunggu habis exam. bukan nak jawab sangat, nak balik! untuk SS ni, nak study je, akan keluar ayat ini, "kena bersosial dulu ni" dengan nada gurauan biasa. he.
kesimpulan, dalam aku punya pelajaran kan, aku rasa, literature la paling boleh hayati dengan hati. ha. ha. :) aku memang suka sastera. sejak bila? aku tak perasan untuk hal ini. :)
itu sahajalah.
sukanya berada di rumah pada hari persekolahan. :) bila lagi ya?
eh. jom puasa.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”. (HR Imam Bukhari)
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
(HR Imam Ahmad)
Dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”
(HR Imam Muslim)
kredit: The Dawn Will Cut The Dark
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
(HR Imam Ahmad)
Dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”
(HR Imam Muslim)
kredit: The Dawn Will Cut The Dark
3 comments:
i remember the peribahasa! alah bisa, tegal biasa! o yeah.
yik2..
only now br rajen nk komen blog kamu.. bad me~ dush3...
i gave my cousin's chicken some pieces of nuggets.. n it ate them like they r dedak or smthg..
i felt so excited to see that.. so wicked~
iqa pika : no worries la. :)
chicken oh chicken. haha. i'm not chicks. hak3.
Post a Comment