dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090731

i'm home.

there's no other word i can say. it's just, i'm home! ha. ha.
i'm home not because i'm homesick.
i'm here because the institute where i'm studying give me a break for a week.
yes, i just can stay there. however, everyone is moving out!
lecturers, wardens and others are moving out, they say.
also the caterers at the canteen. what would i eat? ho.
my quarters-mates also went home.
ehm.
yesterday, after the announcement about this break was announced, everybody packed their things and went to Butterworth. everyone called their contacts to get tickets!
i went to the bus terminal with 3 friends - k.wanis, farah and norlida.
when we arrived there, we, quickly went to ticket counter. we're lucky. so, we headed to a stall.
well, the owner of the stall is from the same state with us.
after maghrib, i could see most of people at the terminal are my institute-mate. from my batch, seniors.
one word describes my feelings : frustrated. smokers, couples. hu. hu.
apa peranan aku? and it's not just that. i'm surprised that certain people that is respected at the college is just the same with others outside the college. T.T
checklist.
ok, next story, orientation or management week!

i was wearing mask along my trip to my hometown.

20090711

karma.

peace be upon you.

analogi aku... urm. analogi tu pengibaratan kan?
aku nak ajak kita-kita semua renungkan satu keadaan.
omo... aku joined plurk. well, plurk ni, semakin kita aktif, semakin kita punya ramai kawan dan fans, karma itu akan naik dan terus naik. walaubagaimanapun, kalau kita punya plurk tu flooding, karma itu akan turun. bila kita tak on plurk untuk beberapa hari, karma juga akan turun. kecuali, bagi mereka yang freezekan karma diorang.
main game, semakin kita menang, semakin banyak score kita.
main brute, ada tiga benda kena kumpul. victory, kelajuan dan entah apa dia. cara nak kumpul? kena ajak orang lain join, kena menang banyak kali, dan lain-lain cara lagi.
bayangkan, score yang kita dapat tu, karma yang kita kumpul tu, adalah pahala. bagaimana?
muhasabah.
nyesel lagi. ikut plurk, karma boleh difreezekan.BESTnyakan, andai iman dan pahala tu boleh freeze? bila rasa down je, iman boleh freeze. mesti seronok. kasihan la syaitan dan nafsu.
:) itu aje yang aku nak ajak kita fikir.

--------------------------------------------------------------------------------------------

barang, dah separuh dah dikemas. ada lagi separuh belum settle.
hijrah ini, bukan untuk diri sendiri semata.
hijrah ini, ada sebabnya.
hijrah ini, bermatlamat.
ada paksinya.
semoga nyalaan semangat itu tidak pernah padam, walau dihembus angin, ditabur pasir.

ignorance is not bliss. in MY opinion.
betapa tidak peduli aku selama sebulan, aku tak tahu apa sedang terjadi.
isu murtad yang menggila. isu hijab yang sudah pada kemuncak.
kamu tahu mengenai Marwa al Sherbini?
sudahkah sedar mengenai kes Natrah?
michael jackson semua tahu.
kisah 'orang puaka', pun semua tahu.
pemergian Fathi Yakan?
oh duniaku! yang menyempit.
ignorance is not bliss. i'm not that pure. i'm still not free from black dots in and on the heart.

hu. hu. bila aku menulis begini, aku tidak reti menyatakan sesuatu kenyataan. ^-^

masih ada waktu.

selamat jalan. ^-^

semalam, ibu saudaraku, mak ngah sudah kembali.
30 Jun 2009 lalu, moyangku Tok Wan yang pernah aku ceritakan.


--------------------------------------------------------------------------------------

ada lagi satu benda. makanan ruji kita, umumnya nasi kan?
omo... sedap tak kalau makan nasi sahaja?
mesti nak tambah laukkan? sayur ke... budu ke... cencaluk ke... sambal belacan ke... tempoyak ke...
baru sedap!
begitu juga makanan rohani kita. kena ada tambahannya juga. ;)

ok. semoga entri ini ada manfaatnya untuk semua.




20090709

overall.

majmu'ah 10 yang wujud selepas kedatangan pelajar ambilan kedua.
kumpulan ni seramai 32 orang. entri yang lepas tu, tersilap taip 33. 32 sebenarnya.
dan sememangnya, pelajar lelaki adalah minoriti. kumpulan aku, 10 orang sahaja lelaki.
12 orang dari kumpulan aku, pada awalnya menunggu keputusan temuduga IPGM.
2 orang dari lelaki dan 10 orang dari perempuan.
selepas mendapat keputusan, pada 26 Jun tu, 2 orang dari golongan aku, tak dapat.
10 lagi semuanya dapat. rata-ratanya dapat di Kedah-sorang, Selangor, Terengganu, Kelantan-sorang dan Pulau Pinang-sorang.
tahu dapat IPGM tu, hari Jumaat.
pelajar perempuan majmu'ah aku, separuh pergi jalan-jalan. ke pantai. aku, room mates aku, beberapa lagi tak ikut sebab parents tak bagi. aku, ummi tak bagi. ayah bagi. ^-^
petang Jumaat tu, kitorang ada perlawanan tarik tali. majmu'ah untuk APIDS, ada 2 sahaja. untuk kos lain-lain (syari'ah, pengajian islam, usul) ada 8. sem 3 pula, pelajar APIDS tak ada. sebab mereka sudah ke PASUM. majmu'ah 1-8 gabung dengan senior masing-masing. APIDS majmu'ah 9 & 10 digabungkan.
untuk pertama kalinya, aku sertai tarik tali. talinya besar, macam nak tambat gajah. he.
seriously, tarik tali adalah satu perang saraf. secara umumnya, apa permainan pun melibatkan emosi dan mental serta fizikal. tapi, tarik tali ni, mental + emosi tu, agak la. tak tau la kalau memang sebab aku dah tak stabil masa tu. ha. ha. ha.
hari Khamis sebelumnya, perlawanan bola jaring. aku. suka! aku jadi C. (ini kali ke berapa aku beritahu kat sini?) puas hati walaupun tak menang pada perlawanan kedua kami. ^-^
dalam masa seminggu, majmu'ah aku mula berkurangan orang.
omo.... ahli majmu'ah aku, kebanyakannya tinggal di blok A. ha.ha.ha. dan bilik aku, agak la jadi tempat berkumpul. sebab bilik aku, semuanya sem 1. semuanya APIDS, majmu'ah 10. huhu. antara pelawat setia, Hidayah-Selangor, Athirah tu, Najwa-Perlis, Sofiah-Kedah, Kauthar-Perak dan Liyana-Selangor.
urm. cerita aku sudah berterabur. huhu. you can call it anything but lucid. ^.^
ok. aku senaraikan nama ahli majmu'ah jap. yang italic tu, dah keluar.
aku-Sufiyyah, Huda, Aisyah, Adila, Hidayah, Liyana Athirah, Atirah, Liyana, Hasinah, Suriani, Nisa, Kauthar, Najwa, Asma, Najihah, Hafizah, Ghaziah, Hafzaliza, Farahwaheeda, Farawahida, Sofiah dan Nadiah. korang best! aku sayang korang!
huhu. rakan-rakan APIDS, tarik tali best! tarik tali yang mengukuhkan kita~ huhu. simboliknya tali itu.
otak aku dah berterabur nak berhikayat pasal kehidupan aku kat tempat itu selama 8 Jun 2009 - 8 Julai 2009. =)
aku dah rindu diorang. diorang dah rindu aku. live on.
harap rindu ni berterusan.
rindu ini ada asasnya.
jiwang tak? huhu.

dan, diriku, hargai masa dirumah yang beberapa hari ini.

analogi yang aku sebutkan hari tu, tengoklah. analogi apa je pun. yang mungkin orang dah tau dan amalkan. :D

20090708

A 215.

beryukurlah - DmenC

090608
dengan angin penuh satu badan, bawa barang-barang naik ke aras dua kolej kediaman AMK, blok A. mencari pintu bilik bernombor A 215.
bilik itu berada ditengah-tengah aras itu. kunci aku cucuk ke tombol pintu. pintu ditolak. jeng... jeng... jeng....

bilik kosong.

aku tengok kiri kanan.

locker 2 kiri, 2 kanan.

katil double decker kiri dan kanan juga.

tilam putih. habuk tebal. aku letak barang atas katil sebelah kanan, di atas.

turun bawah, ambil beg-beg aku.

setelah selesai, kunci pintu semula. aku mendapatkan ayah. keluar dari kampus tersebut.
urusan bank yang belum selesai.

petangnya, lebih kurang jam... berapa ya? jam 1800 agaknya.

bilik dah kemas. barang-barang aku dikatil bawah. salah seorang roommate aku dah siap pasang cadar. hua3. aku terkaku. tengok dua orang roommate aku mengeluarkan barang-barang mereka. kemudian susun dalam locker.

aku semacam kagum tengok diorang. he. aku, itu pertama kali aku duduk hostel. hostel la kan.
dah la pulak, barang-barang aku ade je yang tak lengkap. *gelak*

mula berkenal-kenalan. omo... aku dah lupa macam mana detik perkenalan kami ; Aisyah bt. Muslan -Kedah dan Nurul Huda bt. Ariff -Perak. kedua-dua mereka anak sulung. Aisyah dari 5. Huda dari 4. Huda the only daughter.

malamnya, kami dijemput kakak-kakak senior selang dua bilik dari kami untuk minum-minum. k.Saadah, k.Raudhah, k.Solehah, k.Zamzarina dan lain-lain gangsinya.

090609
kami ini pelajar ambilan kedua. maka, kelas telah bermula.

kami bangun awal gle. 0430. haha!

aku dan Aisyah satu majmu'ah (kumpulan). Huda pula majmu'ah lain. tiga-tiga, kitorang sem 1, kos sama - APIDS.

balik dari kelas pertama, Huda sudah berada di bilik. ada seorang penghuni baru datang.
tengahari, pergi ke bilik kuliyah (BK) untuk kelas Arabic. tapi, telah ditangguhkan. balik bilik.

budak baru bilik kitorang masih tak nampak wajahnya. kami angkat masuk beg-begnya ke dalam bilik.

aku, kemudiannya terus melenakan diri. he.

bangkit je, bersiap nak ke kelas. budak baru dah ada. mak dia ada sekali. namanya budak baru itu,
Adila Rasyida bt. Abdullah -Kedah. anak ke... lupa. tapi the last daughter dan anak tengah macam aku. hehe. akhirnya ada gang. cik Adila ni dari matrikulasi terus ke kampus kitorang. dia masih penat, maka dia tak join kitorang ke kelas petang tu.

kitorang berkenalan juga dengan Nurliyana Athirah -Terengganu. masuk sama dengan Dila.

bilik kitorang semuanya sem 1. APIDS. Huda pula, rupanya sebenarnya majmu'ah sama aku dan Aisyah. Adila juga majmu'ah sama. maka, kami sebilik, semajmu'ah, sesem.

seterusnya hidup kami berjalan, alhamdulillah dengan lancar.

cuma, kelas pertama Calculus, Huda agak rapuh. ^-^ Bahasa Inggeris, kami belajar phonetic symbols. best!

first weekend, ada program. PROKRiS. ada ayat dan hadith hafazan. pasal tauhid.

minggu seterusnya, persatuan-persatuan negeri mula memanggil anak negeri masing-masing.
aku, HUKAMAK. bilik kitorang ada ahli HUKAMAK, UNITE dan ISRAK.

second weekend pula, kami ada minggu kesihatan. hajatnya, aku mahu menderma darah. tapi tak cukup syarat la pulak. aku dan Huda sungguh kecewa. kami melihat kakak yang menderma darah dengan dengki sekali walaupun gerun juga dengan jarum tu. underweight. silalah makan banyak-banyak.

this second weekend, aku bawak roommates aku keluar. ^.^ naik teksi aje lah. haha. LCDL aku pun dah mati.

sesi ta'aruf kami berlangsung setiap hari. boleh kata, semakin bertambah hari bersama, semakin bertambah perkara dapat kami tahu mengenai diri masing-masing. :)

oh ya, dalam bilik tu, kitorang semuanya banyak cakap. talkative. hua3. aku seorang yang bukan budak hostel masa zaman sekolah. aku sorang je adik perempuan lepas aku. hehe. tapi kami tetap sejiwa. agak la. bilik kami ada kaler tema. selipar pula semuanya biru hitam. kaler baldi... ceh. semua nak ambil kira.

akhir minggu pada minggu ketiga, Jumaat, 26 Jun 2009, SMS mengenai keputusan IPGM mula disebarluaskan.

bilik aku, hanya Adila yang tidak menunggu keputusan IPGM. Aisyah the first check. dia tak dapat. apa-apa pun, alhamdulillah. tak perlu dilema nak memilih. kemudian, Huda pula yang check. dapat. alhamdulillah. memang itu yang dia nak. aku? check, dapat. alhamdulillah, berpeluang merasai nikmat untuk memilih. maka, detik membilang hari bermula...