dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090708

A 215.

beryukurlah - DmenC

090608
dengan angin penuh satu badan, bawa barang-barang naik ke aras dua kolej kediaman AMK, blok A. mencari pintu bilik bernombor A 215.
bilik itu berada ditengah-tengah aras itu. kunci aku cucuk ke tombol pintu. pintu ditolak. jeng... jeng... jeng....

bilik kosong.

aku tengok kiri kanan.

locker 2 kiri, 2 kanan.

katil double decker kiri dan kanan juga.

tilam putih. habuk tebal. aku letak barang atas katil sebelah kanan, di atas.

turun bawah, ambil beg-beg aku.

setelah selesai, kunci pintu semula. aku mendapatkan ayah. keluar dari kampus tersebut.
urusan bank yang belum selesai.

petangnya, lebih kurang jam... berapa ya? jam 1800 agaknya.

bilik dah kemas. barang-barang aku dikatil bawah. salah seorang roommate aku dah siap pasang cadar. hua3. aku terkaku. tengok dua orang roommate aku mengeluarkan barang-barang mereka. kemudian susun dalam locker.

aku semacam kagum tengok diorang. he. aku, itu pertama kali aku duduk hostel. hostel la kan.
dah la pulak, barang-barang aku ade je yang tak lengkap. *gelak*

mula berkenal-kenalan. omo... aku dah lupa macam mana detik perkenalan kami ; Aisyah bt. Muslan -Kedah dan Nurul Huda bt. Ariff -Perak. kedua-dua mereka anak sulung. Aisyah dari 5. Huda dari 4. Huda the only daughter.

malamnya, kami dijemput kakak-kakak senior selang dua bilik dari kami untuk minum-minum. k.Saadah, k.Raudhah, k.Solehah, k.Zamzarina dan lain-lain gangsinya.

090609
kami ini pelajar ambilan kedua. maka, kelas telah bermula.

kami bangun awal gle. 0430. haha!

aku dan Aisyah satu majmu'ah (kumpulan). Huda pula majmu'ah lain. tiga-tiga, kitorang sem 1, kos sama - APIDS.

balik dari kelas pertama, Huda sudah berada di bilik. ada seorang penghuni baru datang.
tengahari, pergi ke bilik kuliyah (BK) untuk kelas Arabic. tapi, telah ditangguhkan. balik bilik.

budak baru bilik kitorang masih tak nampak wajahnya. kami angkat masuk beg-begnya ke dalam bilik.

aku, kemudiannya terus melenakan diri. he.

bangkit je, bersiap nak ke kelas. budak baru dah ada. mak dia ada sekali. namanya budak baru itu,
Adila Rasyida bt. Abdullah -Kedah. anak ke... lupa. tapi the last daughter dan anak tengah macam aku. hehe. akhirnya ada gang. cik Adila ni dari matrikulasi terus ke kampus kitorang. dia masih penat, maka dia tak join kitorang ke kelas petang tu.

kitorang berkenalan juga dengan Nurliyana Athirah -Terengganu. masuk sama dengan Dila.

bilik kitorang semuanya sem 1. APIDS. Huda pula, rupanya sebenarnya majmu'ah sama aku dan Aisyah. Adila juga majmu'ah sama. maka, kami sebilik, semajmu'ah, sesem.

seterusnya hidup kami berjalan, alhamdulillah dengan lancar.

cuma, kelas pertama Calculus, Huda agak rapuh. ^-^ Bahasa Inggeris, kami belajar phonetic symbols. best!

first weekend, ada program. PROKRiS. ada ayat dan hadith hafazan. pasal tauhid.

minggu seterusnya, persatuan-persatuan negeri mula memanggil anak negeri masing-masing.
aku, HUKAMAK. bilik kitorang ada ahli HUKAMAK, UNITE dan ISRAK.

second weekend pula, kami ada minggu kesihatan. hajatnya, aku mahu menderma darah. tapi tak cukup syarat la pulak. aku dan Huda sungguh kecewa. kami melihat kakak yang menderma darah dengan dengki sekali walaupun gerun juga dengan jarum tu. underweight. silalah makan banyak-banyak.

this second weekend, aku bawak roommates aku keluar. ^.^ naik teksi aje lah. haha. LCDL aku pun dah mati.

sesi ta'aruf kami berlangsung setiap hari. boleh kata, semakin bertambah hari bersama, semakin bertambah perkara dapat kami tahu mengenai diri masing-masing. :)

oh ya, dalam bilik tu, kitorang semuanya banyak cakap. talkative. hua3. aku seorang yang bukan budak hostel masa zaman sekolah. aku sorang je adik perempuan lepas aku. hehe. tapi kami tetap sejiwa. agak la. bilik kami ada kaler tema. selipar pula semuanya biru hitam. kaler baldi... ceh. semua nak ambil kira.

akhir minggu pada minggu ketiga, Jumaat, 26 Jun 2009, SMS mengenai keputusan IPGM mula disebarluaskan.

bilik aku, hanya Adila yang tidak menunggu keputusan IPGM. Aisyah the first check. dia tak dapat. apa-apa pun, alhamdulillah. tak perlu dilema nak memilih. kemudian, Huda pula yang check. dapat. alhamdulillah. memang itu yang dia nak. aku? check, dapat. alhamdulillah, berpeluang merasai nikmat untuk memilih. maka, detik membilang hari bermula...

1 comment:

Fatin Abf said...

sila makan banyak banyak ye !