majmu'ah 10 yang wujud selepas kedatangan pelajar ambilan kedua.
kumpulan ni seramai 32 orang. entri yang lepas tu, tersilap taip 33. 32 sebenarnya.
dan sememangnya, pelajar lelaki adalah minoriti. kumpulan aku, 10 orang sahaja lelaki.
12 orang dari kumpulan aku, pada awalnya menunggu keputusan temuduga IPGM.
2 orang dari lelaki dan 10 orang dari perempuan.
selepas mendapat keputusan, pada 26 Jun tu, 2 orang dari golongan aku, tak dapat.
10 lagi semuanya dapat. rata-ratanya dapat di Kedah-sorang, Selangor, Terengganu, Kelantan-sorang dan Pulau Pinang-sorang.
tahu dapat IPGM tu, hari Jumaat.
pelajar perempuan majmu'ah aku, separuh pergi jalan-jalan. ke pantai. aku, room mates aku, beberapa lagi tak ikut sebab parents tak bagi. aku, ummi tak bagi. ayah bagi. ^-^
petang Jumaat tu, kitorang ada perlawanan tarik tali. majmu'ah untuk APIDS, ada 2 sahaja. untuk kos lain-lain (syari'ah, pengajian islam, usul) ada 8. sem 3 pula, pelajar APIDS tak ada. sebab mereka sudah ke PASUM. majmu'ah 1-8 gabung dengan senior masing-masing. APIDS majmu'ah 9 & 10 digabungkan.
untuk pertama kalinya, aku sertai tarik tali. talinya besar, macam nak tambat gajah. he.
seriously, tarik tali adalah satu perang saraf. secara umumnya, apa permainan pun melibatkan emosi dan mental serta fizikal. tapi, tarik tali ni, mental + emosi tu, agak la. tak tau la kalau memang sebab aku dah tak stabil masa tu. ha. ha. ha.
hari Khamis sebelumnya, perlawanan bola jaring. aku. suka! aku jadi C. (ini kali ke berapa aku beritahu kat sini?) puas hati walaupun tak menang pada perlawanan kedua kami. ^-^
dalam masa seminggu, majmu'ah aku mula berkurangan orang.
omo.... ahli majmu'ah aku, kebanyakannya tinggal di blok A. ha.ha.ha. dan bilik aku, agak la jadi tempat berkumpul. sebab bilik aku, semuanya sem 1. semuanya APIDS, majmu'ah 10. huhu. antara pelawat setia, Hidayah-Selangor, Athirah tu, Najwa-Perlis, Sofiah-Kedah, Kauthar-Perak dan Liyana-Selangor.
urm. cerita aku sudah berterabur. huhu. you can call it anything but lucid. ^.^
ok. aku senaraikan nama ahli majmu'ah jap. yang italic tu, dah keluar.
aku-Sufiyyah, Huda, Aisyah, Adila, Hidayah, Liyana Athirah, Atirah, Liyana, Hasinah, Suriani, Nisa, Kauthar, Najwa, Asma, Najihah, Hafizah, Ghaziah, Hafzaliza, Farahwaheeda, Farawahida, Sofiah dan Nadiah. korang best! aku sayang korang!
huhu. rakan-rakan APIDS, tarik tali best! tarik tali yang mengukuhkan kita~ huhu. simboliknya tali itu.
otak aku dah berterabur nak berhikayat pasal kehidupan aku kat tempat itu selama 8 Jun 2009 - 8 Julai 2009. =)
aku dah rindu diorang. diorang dah rindu aku. live on.
harap rindu ni berterusan.
rindu ini ada asasnya.
jiwang tak? huhu.
dan, diriku, hargai masa dirumah yang beberapa hari ini.
analogi yang aku sebutkan hari tu, tengoklah. analogi apa je pun. yang mungkin orang dah tau dan amalkan. :D
-
No comments:
Post a Comment