dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090214

menulis.

"patutnya, write and blossom. (",)"


menulis? ya. berkarya perkataan yang lebih tepat.

aku memang suka menulis. mungkin pengaruh kakak-kakakku. ya. mereka sangat suka menulis. aku juga suka membaca karya mereka. bilalah mereka mahu menerbitkan kompilasi mereka ya? Lala? Momo? Yummy? eh... Yummy neechan dah diterbitkan sebuah. Catatan Ummi. [Klik].
semalam, bercakap dengan Pok Cik. haha. aku tiba-tiba jadi curious pasal Pok Cik. kenapa? sebab profile yang separuh dalam bukunya itu. haha. aku pun banyak lah bertanya. antaranya,

"menulis kerja utama atau sampingan?"

"macam mana boleh minat menulis?"

"kenapa pilih menulis untuk awal remaja?"

hehe. lain-lain lagi aku lupa.

aku singkap kembali sejarah aku menulis. seingat aku, aku menulis seawal aku berumur 12 tahun. akhir tahun. tahun 2003. cerita apa aku tulis? bermula dengan cerpen pendek yang keluar dalam majalah sekolah! haha! kelakar. ikutkan, karangan tu patut jadi simpanan peribadi sahaja. well... budak-budak.

masa tingkatan satu, aku sibuk berkarya. aku ajak kawan-kawan aku cipta sebuah sajak. taram je. aku amik sikit-sikit lirik nasyid. dan ayat-ayat lain yang tipikal. lala. akhirnya jadilah sebuah sajak selepas diedit oleh aku dan rakan-rakan perempuan yang lain. ia keluar dalam majalah sekolah lagi! haha.

pada tahun 2005, aku masuk pertandingan menulis cerpen. lawak. aku hantar dua karya. dapat la johan. hadiah tu dah pecah. huhu. ianya sebuah jam, aku letak dalam kelas masa tingkatan tiga. dan aku terus menulis sendiri cerita-cerita rekaanku.

sehinggalah tingkatan tiga. KaPcai story jadi tajuk. haha. sekerat je yang ni. seorang mu'allimah baca. saya kata, "nanti siap, saya bagi mu'allimah baca." sehingga sekarang belum siap! tak ada perasaan. lala. mu'allimah pun saya tak tahu dimana. semoga jumpa lagi.

akhir tahun 2006, aku mula nampak apa aku nak tulis. apa aku nak sampaikan. aku mula menulis dengan serius. aku taip dan postkan dalam webserver anna abadi. aku langsung tak simpan copy untuk aku. apabila anna abadi telah dijemput oleh DIA YANG MEMILIKI, laman itu ditutup. ada amaran, tapi aku terlambat baca. huhu... betapa aku sedih. betapa aku sangat demotivated untuk menulis cerita lagi.

awal tingkatan empat, aku usaha untuk menulis semula cerita itu. juga kapcai story. namun, gagal. haha. aku pun tinggalkan sahaja. simpan sebagai pusaka. 2007, aku hanya menulis sajak.. kot. sajak, kata-kata menghamburkan rasa berkaitan dengan keadaan sekeliling. aku banyak menulis dalam kelas masa tu. kelas yang gelap itu. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan serta guru-guru yang mengajarku ketika itu, menjadi sumber inspirasi. ^-^

2008, langsung tidak menulis. ooh.. ada. aku sertai e-sastera. haha. sajak aje lah. kenangan yang manis. bertemu dengan A Samad Said. aku sangat suka mendengar bicara beliau. ingin sekali bertemu sekali lagi. semalam aku tengok beliau dalam tv. terasa rindu. kisah sarapan pagi di hotel perdana itu. haha. sangat best. ^-^

sekarang, hari ini, aku rasa ingin menulis lagi. insya Allah, aku nak menulis lagi. ^-^

ada juga satu perkara yang buat aku tak semangat nak menulis. kata-kata Momo neechan.
maksudnya lebih kurang begini, "khayalan semata."

jadi, aku memasang niat. aku nak menulis benda yang berpijak dibumi. ^-^ err... khayalan ada sikit la kut? hah.

bagi aku juga, menulis bukan sekadar menulis. yang penting mesej dan nilai. bukan bagi aku sahaja, bagi semua penulis yang berwawasan. teringat lagi A Samad Said. ^-^

4 comments:

Maryam said...

catatan ummi adalah cerita berpijak di bumi yang nyata... bila hilang bersama dokumen2 lain, aku jadi malas nak teruskan. huhu.. demotivated!

bukan senang nak tulis cerita berpijak di bumi nyata.

sufiyyah zulkifli said...

ya. aku tak kata cerita itu tidak berpijak la! :D

aku tulis entri ni pun lepas baca buku semula. hehe...

cikEff said...

urk.
akukah pen=demotivated!

sufiyyah zulkifli said...

lala.
sikit la.
:D
rilek lah!

lepas tu ramai je kata gitu.
hihihihih...