benda yang berselirat dalam kepalaku kebelakangan ini dunia.
oh. dunia penjara bagi mu'min.
benda dunia paling aku alah sekarang adalah besi-besi buruk yang terhasil dari teknologi.
apa yang aku nak cakap, aku mula rasa diriku gundah kerana dunia ini. waaaaargh!!
aku mohon perlindungan dari Allah yang Maha Sempurna Maha Melindungi lagi Maha Mengetahui!
selama ini, besi-besi buruk yang ada di rumah keluargaku ini yang aku boleh guna sewenangnya ialah telefon rumah, televisyen, komputer ; desktop dan radio. januari tahun ini, bertambah satu besi buruk, sebuah handphone ; telefon bimbit Nokia berharga kurang dari RM 100. model yang fungsi utamanya hanyalah SMS dan memanggil sahaja. ayah membelinya ketika itu kerana si Junaidi itu dihospital dan bertujuan kemudahan mengambil tahu hal2
kemudian, setelah Junaidi itu sihat wal afiat, besi buruk tersebut banyak bersamaku. ia telah diberikan nama besi buruk kongsi. nombornya masih kepunyaan nama ayah. antara dialog berkaitan ;
orang tanya aku, "siapa punya?" aku, "kongsi dengan adik2."
bila aku beramai2 dengan adik-adikku, adik-adik aku, "piyah."
aku, "kongsi lah!"
ada masa-masa tertentu aku nak buat jadi hak milik aku, diorang akan dan telah berkata, "handphone kongsikan?"
hampagas.
dan aku memang sangat
memang sangat anti dengan besi buruk tersebut. lama-lama pegang besi buruk itu, perasaan tak suka tu macam nak bertukar kepada cinta pulak. aku harap, aku dapat hakiskan rasa itu.
bila benda kongsi ni, banyak la cabaran dia. he. aku ni pulak memang tak suka berkongsi. dan memang pun telah dicop sebagai one of penjual ikan ; selfish. teringat tengok rancangan Usrah kat tv9 hari tu. selfish tu sikap Yahudi. he. selfish tu memang sikap mazmumah! ye. karat. karat.
aku takut juga, bila dah nak bertukar kepada cinta ni, boleh jadi ciri-ciri wahan dah tu. hu. sadis.
didik lah hati.
dan kerana besi buruk tersebut jugalah, aku sudah celaru hari ini.
berita baru, desktop dah sembuh. semalam bawa balik. aku sedang gunakannya la ni sekarang.
aku dah berjaya hari tu hidup tanpa internet, aku harap dapat diteruskan lagi! yeah~ yeah~
besi buruk henpon tu, memang agak memenjarakan aku. buatkan aku selalu bimbang untuk berbelanja. yalah. prepaid kan. lepas tu, nak hubungi orang yang tak satu apa, tak satu Celcom jadi cam berat-berat hati sebab charge lebih. itu dah nak jadi KEDEKUT.
huuuuuuuuuuuuuuu. sangat lah banyak keburukan besi buruk henpon itu pada mata aku yang pada masa sama aku sedang menyintainya. heh. dunia. dunia. cintaku kepada komputer internet pula sangat la kelebihannya berbanding henpon itu. internet free ; ayah bayar. he. penggunaan dekstop free ; ayah beli dan baiki. henpon itu, prepaid pun boleh aje mintak dengan ayah. he. apekah rasionalnya? sudah.
apa yang aku nak highlight, CINTA DUNIA itu. jom, kita sama-sama koreksi diri!
dunia hanyalah mainan.
dunia ini tempat tipu daya.
dunia tempat bercucuk tanam,
hasilnya di akhirat!
hurnm. dalil LOVE LETTER? next time, insya Allah. ^-^
9 comments:
besi buruk? besi bodo... kih3. tapi kalau ada takmau guna, kufur nikmat pula!
daripada guna tapi memusuhkan hatiku dan mereka, lagi baik TAK GUNA!
that's y aku guna bill.
utk didik diri sendiri.
ilek ar, as long as mu tau bakpo mu kena ada mendo tuh, guna la..
hurnm
salam dik..bila dah tiba masanya, besi buruk tu akn menjadi keperluan..perlu utk kita pandai mengeksploitasikannya..kan alat tu..sng sikit nak kontek org2 yg perlu..huhu
rindu jugak utk bersama..huhu..nti i'll update my blog..byk nk cte tp ms belum mengizinkan.
psl post 'tuhan easter' tu, sbb akk g sekolah kt sni, wat observation. so memang nampak canne org2 sni educate generasi mereka.
hahaha..piyah..
bak kate abgku~
besi buruk tu kbaikan dy0..
wat sname jri~huhu..
acap etp msj..nge sap0~ awk g0p..
ehs..x leh nk blas msj lar..
s0ry by0k2..
kedit xpired...klu nk su blas..
tulum t4up deyh! hehe..
k.ummu~ insya Allah. :) k.ummu update la bila2 pun, insya Allah saya baca. okay!
cik i know you~ abg kesaygn mu itu ye? awk la msg nge sy. :D tlg topup, insya Allah. ;p
ha-ha.
now you know~
guna sebaik2nya bila masih ada~
=D
Post a Comment