dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090424

mereka pulang.

gambar ini malam 2 syawal 1429.

mereka pulang.

lala pulang pada 090404.

yummy sampai pagi-dekat-tengahari 090420.

petang 090421 pulak, encik Ahmad Ibrahim pulang.

090422 pulak, subuhnya han-momo tiba mengejut. :P ku sangke sabtu, rupanya rabu!

tengahari 090422, ayah flew to KL.

maka, dengan ini, rumah ini penuh! petang ini, ayah balik~

FULLHOUSE.


yummy dan momo bawak balik buku bergunung-gunung. aku, buku yang dah sedia ada pun belum habis.
heee... pulak tu tak sedar diri nak berebut dengan diorang [kakak-kakak aku] baca buku yang baru.

buku-buku yang aku sedang mula baca,
- odisi bulan biru
- 1001 things every teen should know before they leave home (or else they'll come back)

itu lah buku baru yang aku sudah mula baca. dan buku yang sudah aku habis baca semalam,
alhamdulillah, tajuk dia Antara Hari Ini dan Semalam (baina al-yaum wa al-ams). buku ni dah lama nak ikutkan. tapi aku baru nak baca + momo bawak balik semula.

ada je lagi buku yang dari bulan satu yang belum aku baca. Letters to Jerusalem! belum habis-habis
lagi.

pastu buku yang agak slow perjalanannya ada dua lagi. ha. banyaknya~

jadi, SALAH untuk AKU, katakan BOSAN! aku banyak kerja lagi nak kena buat.

banyak lagi aktiviti aku kena buat!

kerja-kerja homemaker, alhamdulillah, kembali normal minggu ini. alhamdulillah.

buku-buku jugak banyak sangat menunggu untuk dibaca. satu almari! --" hati, wal 'asr... wal 'asr...

semalam, ziarah Tok Wan lagi. aku bawak Muhammad. budak tu tengah krisis dengan Ali masa tu.

kali ni, jalan kaki. hehe. Tok Wan ada tetamu ; saudara kami jugak. tapi pertalian yang bagaimana
aku tak jelas. hehe. tapi, bila nampak aku dengan Muhammad,

mak cik itu bertanya, "ini maryam ke fatimah?"

aku, --"

dua orang tu je saudara-mara kami yang veteran kenal! --"

baru duduk sekejap, Muhammad pun, "jom balik." 0_o bertuah punya cicit!

sesungguhnya, nikmat yang selalu kita lupa, nikmat sihat dan masa lapang!

diriku mahu beransur dulu.

oh ya,
terima kasih bagi mereka yang telah aku tag yang telah menjawab tag tersebut.
cik asilah, k.nadiah, asma', mitsui, muna 'adilah. mcdah dan doc ummu, belum buat rasanya.
^-^ tak paksa pun. aku tak berapa suka gak nak sambung tag-tag kat orang. bergantung kepada
jenis soalan. he. he. he. tapi, aku suka orang tag aku! hee..

okay.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[96 : 1-5]

No comments: