dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090414

sejarah berblog.

AMARAN : dahulukan perkara anda yang lebih utama.


blog. aku mula belajar buat blog pada tahun 2005. masa tu e-novel sedang dimasak. maksudku mula dikenali ramai.
bagaimana aku dapat pengaruh blog? setakat yang aku senaraikan ;

- e-novel. teringin nak buat cerita sendiri la kononnya. aku memang tulis satu cerita mengenai diari seorang budak sekolah. cuma tak ada sambutan. haha.

- kakak aku. tiba-tiba aku baru tahu kakak sulung aku ada blog.

- diari rahsia. konon nak buat satu diari rahsia yang orang tak tahu la cerita hidup siapa itu.

- penulis e-novel dan kawan-kawannya ; k.eita, hlovate, k.aisyah (itikquack), k.rubyhazri, gengsko, along rufaidah. merekalah pengaruh utama masa tu. maksud aku yang mencetuskan aku nak buat blog. he3.

blog pertama adalah pada laman friendster. tak lama lepas tu, aku delete. kemudian aku create lagi sekali. sampai sekarang blog itu masih ada. blog friendster ni memang fleksibel sikit. boleh kata segala benda aku letak kat situ.

kemudian buat blogdrive. tak minat dengan blogger masa tu. haha. sebab leceh kena banyak guna HTML code untuk skin la apa lah. blogdrive masa tu rasa senang la. lagipun aku berguru dengan owner blogdrive ; k.eita. ^-^

masa tu memang active dua blog itu aje. 2005-2006. akhir tahun 2006, tiba-tiba yahoo! adakan yahoo! 360. aku, apa lagi. taram je join. segala benda nak join. masa tu jugak hi5 adakan journal. yahoo! 360 tu ada blog jugak. aku isi jugak la sikit kat situ. setakat ni entri kat situ english dan emo. tak sampai 20 pun lagi entri kat situ.

2007, tambah satu blog dekat blogdrive, khas untuk karya-penulisan aku. pastu tiba-tiba aku rasa nak privatekan blog itu. he. buat blogspot kat blogger. isi entri cerita Mujahidah ; A good girl prays to Allah. cerita ini la cerita yang aku frust menonggeng tu. [klik]

erm. ada jugak dekat multiply rasanya satu blog. heh. memang.

2008, cari bahan. masuk ke satu laman wordpress. tapi tak boleh masuk. sebab private. pastu dia keluar la arahan jika anda ingin membaca bla3 tu. aku pun join la. tapi tak create lagi la blog kat situ.

akhirnya, 2008, setelah aku koreksi entri-entri aku pada blogdrive active ku itu, aku rasa... urm.
cam, bermanfaat ke blog aku ini? heh. rasa nak delete. rasa m.a.l.u gak ar dengan entri-entri aku kat situ.

namun, aku fikir, tak jadi masalah sebenarnya. itu la risiko blog. satu dunia tahu. satu dunia baca.

2007, aku mula aktif program 'budak-budak baik'. blog pun hangat diperkatakan sebagai medium mengajak orang ke arah kebaikan. masa tu tak berbekas pun. katalah apa pun. heh.

biasanya, orang buat blog ni nak curahkan isi hatinya secara rahsia. tak nak orang tahu. as aku pernah mengalami ini. kemudian, adik-beradik dapat korek URL. maka tinggal habuk je ar. hahaha. susah buat blog tak nak bagi orang tahu, tambahan lagi pulak guna satu komputer yang sama. tiada rahsia lagi. ha3. we share everything. ha3.

aku jadi macam terfikir, hipokrit ... aku tak suka guna perkataan hipokrit sebenarnya. perkataan itu menyakitkan. dan ciri-ciri hipokrit itu sama lah dengan ciri-ciri munafik. na'udzubillahi mindzalik!

aku terfikir, aku ada banyak blog. dan dalam blog-blog tersebut lain la cara aku. haha. macam dalam blog ini (yang sedang anda baca) nampak cam 'baik' gitu. dalam blog friendster lain ar. entahnya. personality disorder? ye la kut.

main point aku, TUJUAN blog.

tak kisah la kita nak isi apa dengan blog kita tu.

tak kisah la kita nak tulis bahasa apa dalam blog kita tu.

tak kisah la kita nak buat apa-apa dengan blog kita tu.

tak ada orang kisah. tapi as a muslim, kita kena ada setting yang betul. buat benda tanpa niat adalah sia-sia.

teringat aku tengok cerita Dari Mata Arisa kat tv2 (dah lama tak tengok. haha.) Arisa tu kantoi dengan heronya, nama Akif. Akif tanya apa entah. aku lupa ayat tanya dia. Arisa jawab,

"saya tak berniat encik Akif." Akif kata,

"oh, jadi semua benda awak buat tak ada niat. awak tak fikir dulu bla3.." lebih kurang la.

hurnm. dah la tak berniat, pulak kena ayat tak fikir tu. huhu. TAK FIKIR. hurnm.

kelebihan niat sangat la banyak. kelebihan niat yang baik la. niat yang jahat kurang kelebihannya dan membawa kepada kebinasaan.

hadith pertama Imam An-Nawawi pun pasal niat.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) �� باب قوله ) hadis nombor 1908).


bila baca Riyadhus Solihin, bab pertama pasal niat. banyak lagi hadith pasal niat sebenarnya. kelebihannya sangatlah mendorong kita untuk buat lagi banyak kebaikan! sungguh. berkobar-berkobar.

sama-sama kita make-up balik tujuan asal kita. huuuu...




3 comments:

cikEff said...

aku tgk arisa kemareen.
hari ni dop. gi xm 46/50.
haha

Fatin Abf said...

hehe.cik tim amek pekso keto ko tu?

:D

piya piya !
aku berblog sbb mu ado blog
ngeeeeeeeeee

sufiyyah zulkifli said...

momo~ congrats!

mc10~ arr? sungguh eh? hahaha. semoga pengaruh baik2 aku bowoks. nge3.