dear my visitors and readers

do read.
do learn something from this blog.
do comment for improvement.
hontouni arigatou! :)

20090429

ziarah.

gambar ini ditangkap pada hari merentas desa di kg. binjai. penghargaan untuk kamera Nasyid. luasnya langit kan? ;) kerdilnya kita. hu.

ehhem. ziarah.

hari sabtu lepas,
beria-ia nak gi balik kampung atuk sebelah ummi. tambahan pulak
menghantar encik Ahmad Ibrahim itu.

tiga orang yang telah diziarah, Mak Ngah (isteri arwah Pak Ngah, adik ummi), Do Che Piah dan atuk. :D

ketiga-tiga orang tersebut, aku hanya paling arif (boleh la) pasal atuk je. huhu.

pengajaran ziarah hari itu,

1 - jaga kesihatan. jangan zalimi diri. terutamanya pasal makanan.
hurnm. aku kena jaga marah. haha. orang yang marah adalah orang gila [dalam buku dr. aidh al-qarni] . orang yang marah adalah orang yang tewas! [memandangkan orang paling kuat
orang yang menahan marah kan? ;)] penyakit marah boleh mendatangkan darah tinggi.
bila dah kena darah tinggi, kena makan ubat. bila kena makan ubat selalu, nanti terkesan pada buah
pinggang! oh. consequence yang sangat berantai! maka, mencegah lebih baik daripada mengubat!
an apple a day, keeps away the doctor. haha.

2 - masa muda dan tua. ho. ho. ingatkan hati, wal 'asr ya! tak nak jadi sisa dunia ya!

urm. saya juga telah mendapat tawaran temuduga perguruan. tarikh temujanji [anggap dating supaya tak berdebar! hee..] ialah 19 Mei 2009. alhamdulillah. urm. ayah tawarkan CUCMS.
ayah juga tawarkan interview training untuk IPG itu. zaman sekarang memang maju. interview pun ada training ha!

mu'allimah Dayang ajak teman ke Kedah. esok! insya Allah. ayah ok. ummi ok. then, aku ok! hihi.

keputusan UPU/BPKP Jumaat ini. 1 Mei 2009. ^-^

till then.

p/s:boleh marathon buku masa travel nanti. ^^

No comments: